Sunday 3 July 2011

2011-07-03 Jamboree Felda Mempaga



03-07-2011 Ahad
Jamboree Felda Mempaga
Felda Mempaga, Bentong, Pahang
23/250. 34km. 2jam 19min.




5.30pg: aku bangun terus bersiap sbb terlambat la pulak.. kunci jam 4pg. Kali ni aku ditemani gan Azizah Zulq n Firdauz Zulq bertolak dari umah Cheras terus ke Mempaga Mtbchallange di Bentong. Sblm spai Mempaga aku sggah sarapan pagi kat Petronas Genting Sempah.......



‎7.45pg: aku spai di Mempaga Mtbchallange, Bentong. Cuaca yg redup n kawasan Felda yg nyaman menarik mood aku utk berkayuh hari ni ditambah pula selepas dpt sponsor Jersey baru, set Tayar merah n Rim Fulcrum tajaan Pn Manager.... he he heee tima kasih lepas sponsor la lagi yea.....



Spai sana aku pun brsiap utk berjamboree. Semasa mendaftar baru perasan yg Glove aku tertinggal kat Cheras. Habis merata tanya riders kalau ada jual tai x da.. alamatnya kali nie punya ride x da glove tapi ada jersey baru Mr Spidey............ Ride kali nie hanya 250 riders shj yg ada sbb hari nie ada byk Ride diseluruh Sem Malaysia. Kalau dlm list plate aku M012 tp masa daftar dapat M231 sbb plate masa aku abik tu terbalik n besar......kira okay la



‎8.25pg: berkumpul di Belon Giant utk perlepasan..... tepat jam 8.30pg semua riders berlepas dlm cuaca yg redup lagi nyaman. Aku ride gan group depan sesampai kat 1st simpang tiga pertama dah berlaku kesilapan dimana tiada penanda arah.. nasib baik aku nampak rider Giant kat atas bukit sebelah kanan sbb masa nie dah ada riders belok kiri. 2km pertama jalan tar sebelum memasuki off road Felda kelapa sawit..........

 
Ride off road kali nie lebih kepada endurance ride iaitu menguji ketahanan dan skill dimana off road dia tiada pacak tapi lebih kepada off road naik dan turun bukit sama seperti off road Melaka Ride hari tu. Kat sini kena pandai main timing... dan mental kena lebih sebab tiada masa utk slow down..... apa-apapun trail dia memang seronok dan enjoyable kecuali kelemahannya adalah kekurangan marshall jaga off road dan penanda arah........
 
Last 2km kembali jalan tar.. masa nie aku gat posisi aku lebih dari 50 tu sbb aku race till end finishing line gan satu rider kat depan aku siap potong dia kat 50mtr terakhir... rupa-rupanya aku dapat no.23/250 Alhamdulillah........ Gan sui...t Spidey baru aku nie best gak pakai at least aku ada identiti sendiri sampaikan Brothers dari Cycling Malaysia siap abik gbor aku dari starting ke finishing.. Thanks Bro waiting for pictures for my personal collections....
 
Kat Mempaga Mtbchallange, aku dapat jumpa gan geng lama gan baru spt Awe Le Tua , Wan Mempaga, Khairil SBCC dll. Ini part yg best bila masuk Jamboree sebab dapat kenal riders........ Aku habis ride pada pukul 10.49pg lepas basuh MTB, makan ...Lunch sambil shopping sikit nak tggu ke Lucky Draw event jam 12tgh. Lama betul rasanya.... at last masa Lucky Draw aku dapat Giant Bottle. Dan kami pun bertolak balik ke Cheras pada jam 2.30ptg... Sehingga berjumpa lagi dilain kali Jamboree... Zulq73 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wan dan rakan2 di Mempaga Mtbchallenge.
 
Wassalam
Zulq73






















 
 
 

No comments:

Post a Comment