Sunday 29 May 2011

2011-05-29 Jamboree S2H Jasin 2011

5.00pg aku dah bertolak ke Jasin Melaka ditemani isteri tercinta merangkap pengurus MTB aku iaitu Azizah. Dari BTKesuma aku melalui Jln Beranang - Nilai - masuk ke Hway Sbn-Mlk.
6.00pg singgah di Jejantas Ayer Keroh Melaka utk solat subuh....... kat sini ramai gak rider dari KL/Selangor yg singgah mandi, solat gan rehat sebelum ke Jasin.
7.00pg singgah taw pau Mc'D utk breakfast, punya lah terkezut bila staff Mc'D bg tahu aku yg jarak dari Ayer Keroh ke Jasin ada dalam 20km lagi - 20-30min dah la start time ialah 8.00pagi kat sana.... apalagi berdezummmmmm la nasib baik jalan baru ke Jasin kalau tak naya punya kes jawabnye... Ayie call aku takut sesat sbb x sampai lagi wahal riders dah penuh dah kat starting point nie.... Nasihat berguna lain kali keluar awal-awal biarpun 4.00pagi asalkan tak lewat camni lagi kannnnn... padan sama muka aku uhuk uhuk uhuk..... ponek lagi adolah....

7.40pg aduh memang malang buat aku kali nie sebab lagi 15minit nak mula aku baru nak pasang bike dah tu kena gayuh ke tapak permulaan jauh pulak tu sebab parking dah penuh... mula-mula sampai dapat gak aku selit kat group depan sebelah belon tapi pasport no aku kat Ayie dan Ayie pulak kat belakang pulak tu. Nasib baik Azizah ada tolong kejar abik kat Yatie goodies bag aku tapi sekali lagi malang tali tap ikat passport no aku pulak x da. Nak tak nak kena abik kat meja urusetia la pulak.... nak x nak aku kena beratur balik gan group terakhir dikalangan 1200 riders pagi nie punyalah frust adush apo nak boek silap sendiri padan muko.....


8.00pg riders berlepas... aku terpaksa selit-selit nak kejar front group.. jumpa gak Ayie kat tengah aja ride sekali... he he he eee sorry la Ayie ya pakcik go dulu la yoo....
beginning road ride dulu riders disajikan dgn jalan tar naik-turun sbelum masuk off road (macam ku kenal jea road nie kan....) mula-mula masuk off road nampak best jea tapi frust bila tiba kat bawah pencawang sebab trafik jam cam kat jalan loke yew la pulak.... jalan memang up-down small hill tapi oleh sebab bila kita berada gan middle/last group sememangnya kena ikut rentak lah sebab namapun Jamboree kan utk riders having fun. cuma yg x larat ialah kena nolak bike aku sejauh 4km lebih kurang 20min aku hilang gan front group. mintak laluan memang tak dapat sebab group nie campur-aduk dan majoriti nolak dari ride... ko jerit la apapun riders, rideable, gayuh hampih x diindahnya.
bila dapat masuk balik pokok sawit barulah boleh motong sbb laluan memang besar tapi bila ko dah start nolak sebelumnya mmg nak cari balik timing mmg dah lari banyak ditambah pulak jlan pokok sawit nie memanjangnya naik-turun bukit sepanjang jalan... pergh memang menguji minda....... boleh katakan 90% road dia naik-turun bukit baik offroad mahupun onroad. so x yah aku citer tentang ride kat area nie yea. yg aku nak citer tentang tempat paling best lagi menyiksakan dalam Jamboree Jasin kali ini iaitu meredah lagi menaiki Bukit Langsat.... sesampai jea simpang dia aku dah kena redah bukit pacak mula-mula larat gak gayuh naik tai makin lama makin pacak sampaikan kaki dah rasa ada sikit nak krem terus aku turun dan nolak jelah sampai CP2 iaitu air mineral, 100plus gan tembikai.... kat sini punyalah ramai riders lepak sebab penat giler nolak naik pacak Bukit Langsat nie... aku sambung terus nolak sampai atas gan bertemankan beberapa riders.....
sampai puncak ughhh lega sebab dah boleh gayuh baru jea nak gayuh sliding down Bukit Langsat yg memang dasyat lagi dangerous... ada marshal tegur aku "bang jgn gayuh slow down jalan licin"... purg nasib baik sebab mmg slip walaupun aku brek kedua-dua tapi MTB aku terus sliding down atas pasir halus sambil melalui jalan belokang ke kiri ke kanan.... sampai rider depan aku tergolek sebab terbabas nasib baik ada kameraman masa tu nolong dia sbb aku x boleh nak hentikan MTB aku langsung masa tu..... nasib aku baik kat sini sebab cuaca kering x hujan kalau sendiri mahu gat lakan dan x banyak riders kat depan gan belakang yg follow......
Last 6km aku dapat rasakan yang aku dalam antara last riders kat front group sebab belakang memang dah takda rider dah... yg nak kena kejar yg kat depan aku jea. last km ride nie memang mencabar minda sebab sekali lagi naik-turun hill sampaikan masa nie memang dah pitam pun ada, nak nolak pun ada dan krem lagilah pun ada tapi disebabkan pikir lagi 6km je nak habis aku kerahkan jugaklah... gayuh punya gayuh sampai gak ke garisan penamat pergh lega teramat sangat tapi nasib aku kurang baik sebab finishing medal sampai 300 sahaja dan aku termiss kat no 311.



apa-apapun aku tersangat puashati sebab dah la kena start gan last group 1200 riders... akhirnya kau berjay motong dan berada di 311 banyak kan.. cam ride aku kat Bukit Merah dulu..... timing aku still maintain kat 2jam 45min so kalau dikirakan posisi aku tu sepatutnya bukan kat situ tapi puas memang aku puas sebab matlamat untuk habis ke garisan penamat tercapai itu yang teramat penting...... tahniah jugak buat Ayie 500++ dan berjaya menghabiskan penuh Jamboree kali nie dengan klip tayar belakang yg longgar.. nasib baik takda apa-apa berlaku dan juga nasib Ayie memang baik sebab dapat lucky draw sebiji tayar reger RM150......
Last sekali, Jamboree Jasin 2011 nie memang best lagi mencabar minda..... hopefully lebih ramai Kuntau riders dapat join dalam Jamboree yang akan datang yea.
Sekian, terima kasih.
zulq@kuntau