Tuesday 26 July 2011

2011-07-24 PCC Prez Broga 2011

Kuntau Riders
PCC Prez Broga 2011
Nottingham University, Broga
60km (4 sector)
24-07-2011 Ahad
08.00am - 3.10pm (zulq time)
18 Kuntau Riders




23-07-2011 Sabtu
Qabla call aku nak bagi tahu dia on the way ke KLIA abik jersey Kuntau.
Aku pulak nak ke Kota D'sara nak abik goodies bag utk 18 Kuntau riders, Ayie call aku bagi tahu yg dia dah ada kat sana satu family. Aku sampai sana dlm kul 3.30ptg gan Ayie terus abik goodies bag dan balik BTKesuma sbb 6ptg ada perjumpaan semua Kuntau riders....
6ptg semua Kuntau riders dah ada kat rumah Ayie utk abik goodies gan jersey Kuntau. Bukan main melaram semua dapat Official Jersey Kuntau thanks buta Syam gan Qabla yg bertungkus lumus menyegerakan proses jersey ini.



24-07-2011 Ahad
Cam biasa 5.30pg aku dah bangun utk bersiap ke Not Uni tapi kali ini boring sikit laa sebab Puan Manager tak ikut sama... 6.30pg tolak tumpang Ayie n Yatie. Sampai Not Uni, aku kumpul gan Syed n Hairul utk bersiap... senaman, breakfast, pasang-siap MTB dan berposing ditambah gan Shaiful n Fisal yg gayuh dari BTKesuma.. cayalah bro. Mana Kuntau lain, alahai terlepas nak buat Group photo sebab masing2 ikut jalan sendiri. Cuma dapat jumpa kat starting point sama-sama gan Yaitie, Syam, Kak Noor n Bob........ Next time kena paksa semua Kuntau riders gerak sama-sama seperti selalu.




8.00pg Bermulalah perjalanan 60km buat semua 1400 riders yg mengikuti PCC Prez Broga 2011... acara yg dilangsungkan 2 tahun sekali dan yg dinanti-nantikan oleh majoriti MTB riders.




 
Pada awalnya aku gat nak ride sama-sam gan semua Kuntau riders, tapi entahlah bila start jea ride kaki aku memang tak boleh nak slow lebi-lebih lagi depan aku ada Syed n Khalil... nak follow diaorang punya pasal, sekali tengok belakang geng Kuntau lain dah takda. Lepas keluar Not Uni menuju ke off road pertama... baru nak masuk offroad dah jem giler sbb climbing n biasalah rider dah mula menolak dari gayuh. Sbkan jalan nie memang road Kuntau, tiada masalah bagi aku, Khalil gan Syed. Jarak 1 stage nie ialah 17.8km ketinggian 97m.. boleh kata semua riders boleh lepas tapi yang x bestnya aku boleh terbabas sbb ikutkan riders depan selepas sungai nasib baik dapat patah balik ikut jalan betul. Jalannya memang best tapi yg tak bestnya selepas jalan palang kg tarun menuju BP...... masa nie aku kat depan alih-alih leka punya hal semasa menuruni bukit, MTB aku termasuk lubang n hilang kawalan.. apalagi summersoat MTB atas aku, terbaring sekejap.. lengan kiri aku koyak dan calar. MTB aku okay. Nasib baik jugak riders belakang agak jauh sikit dari aku, at least semasa diaorang lintas aku dah beralih ketepi. Tension dan sakit habis satu badan.... baru 13km dah terjatuh tapi disebabkan MTB aku okay dan perjalanan masih baru lagi..... aku teruskan juga ride kali ini lebih-lebih lagi ride kan hometown aku nie Beranang-Broga. Ketika menuju ke simpang JPJ timbang, aku terserempak gan Syed yg baru jatuh kat sini... teruk jugak sebab bawah mata dia luka kyak gan calar... masa tu MTB dia dlm keadaan yg kurang okay. Dia suruh jalan dulu mkin dia pun tahu yg CP1 tak jauh dari situ.... semamangnya lepas nie terus keluar ke CP1 @ BP maggi goreng n telur mata - port biasa Kuntau. Kat sini Bob, Syam n Kak Noor sdang menantikan Kuntau riders utk memberi sokongan moral dan abik gambor kenangan.. Thanks buat kalian semua..... Aku gan Syed dapat khidmat pertolongan dari St John Ambulans (Thanks for your kind assistant) utk merawa kecederaan kami berdua. Kat sini jugak ada pisang dan air utk memberi kekuatan dan semangat kami semula. Khalil bypast aku masa nie sambil aku cakap kat dia nanti I follow... he he heee. Stage satu nie aku sampai pada pukul 9pg - 1jam.



9.30pg aku gerak dulu memasuki stage 2 pulak sebab kali nie walaupun jarak nya agak sama 16.7km tapi ketinggian kali ini ialah 192m wah wah patutlah closing time dia 12.30tgh....memasuki jalan ke air terjun hulu beranang sampai ke rumah penghulu kami ke kanan utk memulakan pendakian menuju puncak.. kat sini aku bypas Khalil. Off road kali nie memang mencabar minda, stamina dan strategi... beginner rider mmg surrender kat sini cuma disebabkan PCC kata utk Main Lucky Draw mesti habis dan dapatkan 2 sticker shj.. nak tak nak kena lalulah road nie..... Upper hill n down hill susah nak bayangkan sebab memang trill giler jap single road jap crossing river siap kena angkat MTB lagi. Yg part paling best downhill tanah merah sebijik kat Btg Kali dah end road dia kat jambatan rosak kalau silap terjun terus ke jambatan rosak tu... x leh lalu kena seberang sungai dah pikul MTB, naik dari sungai redah lumpur selut.... lepas tu daki hill selagi nampak puncak hill selagi tu x sampai lagi punya penat tapi yg best nya bila downhill punya lah cepat tahu-tahu sampai kat CP2... ada isang gan air mineral lagi. Kat sini aku jumpa Wan.... aku bagi tahu Wan baik gerak dulu sbb dah makin byk riders yg sampai.. silap-silap traffic jam lagi sekali....... CP2 nilah tempat utk semua riders buat chicken loops iaitu balik terus ke Not Uni, tak sanggup nak gayuh dah sbb terlampau penat dan dah cover utk main ucky draw. Bagi aku, memang aku dah pasang niat utk masuk event nie nak habiskan jugak walaupun 60km adalah event pertama aku yg paling jauh sekali. Ikut sejarah Kuntau 2009, masa tu Bob gan Syed masuk event nie tapi diaorang pun sangkut kat stage 2 nie sebab sampai lepas 12.30tgh. Aku sampai kat Stage 2 pada pukul 11.30pg.



Sateg 3.. Abis rehat, aku pun memulakan ride ke Stage 3 dgn jarak 17.8km.. kat depan aku masa ada Zaidi gan Wan.. yg lain msih x da info lagi. Dua stage yg sebelum nie aku sempat call wife aku utk bagi info terkini. Start ride memang betul semangat sebab dah cover 35.5km cuma tinggal 24.5km saje lagi. Alamak bagai nak pengsan aku dia dibuatnya sbb tgh sdap nak mula ride dah jumpa 1st upper ride atas jalan tar kampung punya lah tinggi aduh rasa cam nak balik jea.... aku rasa kat sini ramai riders decide terus balik Not Uni sbb dah surrender. Stage 3 nie sebenarnya kurang pressure dari stage 2 bagi aku sbb road Kuntau. Mula jumpa Wan tgh krem kat peha.... henti jap supply deep heat gan power gel. ride gan dia melalui pokok getah tempat Irra accident dulu. semasa mendaki bukit sekali lagi Wan krem, aku terpaksa teruksan ride akupun ada rasa krem jugak masa nie. So aku pun teruskan jugak ride aku.... cam aku cakap tadi stage 3 mmg Kuntau road apa taknya aku lalu downhill single track menuju ke laluan akar pokok getah terus menuju ke laluan downhill sebelah air terjun hulu beranang terus keluar kg orabg asli kg kedah. menuju ke CP3 ketika menaiki jln tanah merah, MTB aku terbabas jap turun dr bike 2 peha aku terus krem dan bengkak. dah panas terik n haba dr tanah merah tu yg buat aku x boleh gawal dah seluruh badan aku... aku tumbang atas jalan tanah merah tu x leh nak duduk langsung... yg aku gat ada 2 riders tolong alihkan aku ketepi bawah pokok (terima kasih bro's atas pertolongan kalian). masa nie nasib baik aku riders yg lalu n tolong aku kalau tak boleh pengsan kalau x da bantuansbb mmg x leh gerak dah macam koboi terdampar kat tengah gurun pasir...... aduh aduh mmg pressure. dekat 10minit aku cooldown gan deep heat, power gel n air utk recovery balik. dah lah meter aku punya rosak.. average ride pun main teka jea based pada time. Slow ride aku sebab nak recovered balik dari krem tadi mmg giler krem kali ni mana tak nya sampai berbekas peha aku dibuatnya..... slow ride punya slow ada masa nolak saje walaupun jalan rata gara-gara krem datang jap jap.... kalau ikut hati nak balik terus jea tapi bila sampai kat Kuntau road stage 3 menuju ke Broga hill.... aku dapat recover balik energy aku sbb aku tahu road nie cuma tang nak naik hill ke Kuil Buddha Bukit Broga aku terpaksa nolak... turun tu laju balik he he heeee.... 500m depan pit stop terakhir iaitu CP3 utk memasuki stage 4. aku sampai kat sini dalam kul 2ptg, terus aku jumpa Medic St John utk rawat balik balik kecederaan aku sambil mintak tolong sapukan minyak panas kt dua-dua peha aku yg krem tadi. telan 1 biji panadol utk hilangkan rasa sakit.
2.10ptg aku memasuki stage 4 iaitu stage terakhir dgn jarak 13.8km sahaj tetapi kali nie road Kuntau yg paling trill sebab akan melalui 2 upperhill dan downhill yg memang mencabar lebih-lebih lagi selepas mengayuh 46.2km dgn seluruh anggota dah hampir habis kepenatan. Kat sini Marshall pandai gak buat siko dgn pesan kalau nak chicken loop cuma abik 10km ke Nt Uni tapi kalau nak habis pun okay gak sbb lagi 14km saje lagi..... he he heeee.... permulaan stage 4 agak ringan sebab hanya melalui jalan getah landai sahaj sehingga jumpa simpang mendaki pokok getah dimana dakiannya melalui atas akar pokok getah.... aku dah x larat nak cuba sbb stage basicnya aku dah boleh hafal dah.. so nak simpan energy mana boleh nolak aku nolak.... nolak sampai ke Bukit Broga tempat rehat Untie jual 100plus.... rehat dulu sebab lepas downhill Bukit Broga terus ke projek korek pasir... Uhh lepas tanpa sebarang problem sbb memang masa nie aku dah x larat dah. Jumpa pulak dakian kedua sampai kat sungai aku terpaksa stop dan nolak sbb kena daki road simen... selalunya boleh ride tapi kali nie bukan aku saje abis semua riders nolak sbb takut jatuh dan krem... ride balik menuju ke 2 dakian kayu balak, lepas balak aku decide tolak dulu mana dakian yg pacak sbb krem nak datang balik..... at last sampai ke downhill ... ugh lega terus turun ke Tmn Tasik Semenyih dan sampai ke last CP4 (sticker) dipintu masuk belakang Not Uni.......
Alhamdulillah sampai ke finishing line kat sini Azizah, Firdauz, Farhan gan Abah aku dah tunggu ketibaan aku... memang seronok betul habis hilang semua penat dan sakit aku bila nampak mereka. Kat finishing line Organiser potong passport ride aku utk cfmkan aku complete semua stage 1,2,3n4. Yeah berjaya akhir 60km dari pukul 8.00pg dan tamat padak pukul 3.10ptg. Didepan aku ialah Zaidi (as usual Kuntau champs), Wan pulak hanya sampai di stage 3 sbb tiub depan pecah dan Kuntau lain2 kat stage 2.
Apa-apapun tahniah buat semua Kuntau yg memasuki PCC Prez Broga 2011 kali nie..... Syed, Hairul, Ayie, Amran, Zulq, Pian, Schumie, Azme, Azhari, Shaiful, Don, Khalil, Zaidi, Adik Zaidi, Fisal, Wan, Sam dan Zamri.......
Tidak lupa jugak Tahniah buat penganjur yg berjaya menganjurkan event yg paling challenge bukan dari segi pertandingan tapi dari segi penganjuran mengayuh tanpa pemenang. rider tidak perlu pressure akan perlumbaan dan boleh memilih utk memasuki stage yg mana mampu shj.......





Sehingga berjumpa lagi.. sekian dari aku, wassalam dan terima kasih.


Zulq Kuntau...







 
 


 







No comments:

Post a Comment