Sunday 18 September 2011

2011-09-17 Jamboree UKM Bangi

Mini Jamboree UKM, Bangi
17-09-2011 Sabtu
22km - 2jam 37minint - Ave Spd 8.56km -  Max Spd 52.5km - 1669 K/Cal.
13 Kuntau - Shahrul Don, Firdauz, Zulq Kuntau, Ayie, Fizal, Hairul, Qabla, Syam, *Khalil n *Zaidi.
Azhari, Sam, Zamri.....


Acara Kayuhan pecah lemak sempena Hari Raya Aidilfitri 1432H buat semua penggemar MTB. Pertandingan yg santai lagi menarik dianjurkan buat kali pertama oleh pihak UKM dgn kerjasama pihak-pihak tertentu. Kejohanan kali ini adalah yg paling pendek dan ringkas dlm Jamboree-Jamboree yg diadakan sebelum ini. Apa yg pasti memang sesuai utk semua peringkat umur dan kedudukan peserta MTB. Yang penting acara ini adalah utk santai dan salam pengenalan antara peserta MTB bukannya utk serius dan perlumbaan....... Seronok jugak melihat aksi-aksi santai para peserta MTB yg seronok dapat menikmati hutan simpan UKM akan tetapi cabaran jalan OFF-ON dia amat memenatkan kerana terpaksa mengharungi Naik - Turun Bukit yang Berbukit-Bukit dan lagi Berbukit..... itulah yg dinamakan Jamboree.







Kuntau berdaftar dgn 10 riders Shahrul Don, Firdauz, Zulq Kuntau, Ayie, Fizal, Hairul, Qabla, Syam, *Khalil n *Zaidi. Tetapi pada hari acara 2 riders telah tidak dapat hadir iaitu Zaidi (Domam la pulok) gan Khalil (koje....). Kuntau pun bertolak lah dgn bersemangatnya pada pukul 6.30pg menuju ke UKM Bangi.. masing2 dgn panduan yg amat bersemangat sangat sehinggakan terjadi satu peristiwa yang amat melucukan sekali atau boleh dipanggil sebagai "Kuntau Joker of the Year 2011" @ Fizal. Punya semangat utk melalui Jamboree Pertama dimana beliau seawal pagi sudah menunggu Kuntau lain utk ke UKM, Bangi..... alih-alih bila nak keluarkan MTB sekali pandang set TAYAR depan gan RIM takda, apalagi melompat sambil terjerit-jerit (ini kata Qabla) si Fizal sebab camna nak gayuh Tayar depan takda. Apa punya malang daaa.... Sedih betul Fizal masa ini boleh tengok kat muka dia, mahunya tak semangat giler walaupun kesan bengkak kat peha dan tersenak semasa jatuh kat stage 2 minggu lepas baru nak hilang nie pulak terpaksa hilang terus kayuhan Jamboree pertama dia. Syahdu syawal bila Fizal abik keputusan balik walaupun jarak BTK gan UKM sebenar dekat jea.........
Mano poi tayar dopan sikal ko tu jang hoi.. he he he

Kat starting point, bila dapat tahu yg masa mula ialah 8.30pg, kami terus call Fizal utk beritahu beliau yg sudah berada dirumah BTK utk sarapan pagi Nasi Lemak + Roti Canai (disebabkan terlalu kecewa lah kononnya). Apalagi bila dapat tahu, terus beliau bergegas dtg semula ke UKM... murah rezeki Alhamdulillah.







Semua MTB Riders bermula 8.30pagi dimana kami disajikan 2km ON ROAD naik-turun Bukit kawasan UKM sebagai pemanas badan sehingga ke CP1 dan memasuki OFF ROAD yg pertama. Sampai sini shj dah kena tolak sbb lecak, lumpur dan single track menaiki bukit kecik... lepas tu bermulalah OFF ROAD, jalannya baik utk basic dan beginner Rider utk mencuba stamina dan taktikal serta simple x berbahaya.
Di KM 5-6, sekali lagi Riders terpaksa menolak kerana trail yg menaiki serta lecak..... lepas tu ride seperti biasa semula cuma turun dan naik bukit kat sini seronok utk dilalui selepas penat-lelah menolak. Kat area nie ramai jugak MTB Riders terpaksa berehat sambil mencari semula stamina yg dah hilang.

Zulq Kuntau Family
Aksi Firdauz @ Junior Kuntau

Ooops lupa la pulak nak citer... sebenarnya Jamboree kali nie aku x target apa-apa sebab nak bagi expose kat anak aku Firdauz @ 1st Kuntau Junior yg masuk Jamboree. Seronok gak dapat tambah satu lagi ahli keluarga Zulq Kuntau dalam Jamboree selepas wife aku Azizah Kuntau (bilalah nak ride balik kan kan kan)...  Permulaan yang agak berhati-hati tetapi bagus ditunjukkan oleh Firdauz di5km yg pertama, dimana beliau berjaya memintas banyak Riders dipendakian bukit-bukit UKM disamping kata-kata semangat dari Riders terpaksa regular i.e. Che Da. Memasuki OFFROAD, permulaan beliau agak takut-takut sedikit dijalan tanah dan licin sehingakan aku terpaksa bagitahu beliau supaya ride sebelah kiri supaya riders boleh memotong disebelah kanan. Alhamdulillah semakin lama semakin okay kawalan MTB beliau disamping pengunaan yang betul gear disepanjang jalan OFFROAD yg turun-naik nie. Next Jamboree bolehlah gayuh sendiri yea.....

Semasa di OFFROAD kami berjaya melepasi Qabla gan Ayie yg sedang bersantai dibawah pokok kelapa sawit utk menghirup udara segar lagi bugar.... he he heeeee.

Selepas 14km perjalanan Jamboree diteruskan kepada ONROAD yg memenatkan kerana terpaksa mengharungi naik-turun jalan tar yang panas. Ada satu bukit tu sama macam Bukit Sg Long ughh penat daa.. kat sini jumpa Azhari@AA dan kami gayuh sehingga ke penamat iaitu 22.4km.

Di garisan penamat, wife aku Azizah sudah sedia menunggu gan kameranya......
Tahniah buat Shahrul@Don 130, Firdauz 173, Zulq Kuntau 175, Ayie, Fizal, Hairul, Qabla (Veteran) dan Syam (Veteran) kerana semua berjaya menamatkan Jamboree ini bersama Pingat masing-masing.



 





Begitu juag tahniah buat Sharul@Don (Singer Bottle), Firdauz (Hamper) dan Syam (Track Top) utk Lucky Draw.




Tak lupa jugak kepada Kuntau Best Sweeper Khalil kerana sanggup hadir walaupun tak dapat gayuh dan membantu Team Member Kuntau....... he he heeeee
Buat Zaidi semoga cepat sembuh dan dapat ride balik daaa....
Bagi aku, Team Kuntau dalam Jamboree UKM kali ini lebih kepada exposure dan pengalaman baru buat beginner dan basic rider. Secara keseluruhan matlamat Kuntau tercapai dengan semua rider berjaya mendapat hadiah dan menamatkannya... Tahniah Kuntau.
Sehingga berjumpa lagi... nantikan KUNTAU di ECC Burung Hantu Nite Ride Melaka pada 01-02.10.2011 Sabtu-Ahad bersamaan 2 minggu sahaja lagi dimana 14 Kuntau Riders akan mengharungi apa- saja rintangan yang ada...... jeng jen jeng nantikan yea.
Sekian, Wassalam







ikhlas Zulq Kuntau, Azizah Kuntau dan Firdauz Kuntau

Gambar-gambar Kuntau di Jamboree UKM.... Thanks jugak kepada Kamarul @ Perpatih dan Suffian n Popo @ BNCN Melaka.