Monday 27 June 2011

Aktiviti Zulq 19-26 Jun 2011

Minggu lepas tak banyak aktiviti sangat sebab macam-macam perkara yg x diundang berlaku.


Bermula dgn hari Selasa hingga Khamis aku dah mula beriadah dan bersenam kat Gym ofis aku dari pukul 12tgh sampai 1ptg. Skip makan tgh hari... selang-seli Jog gan Cycling....... best sungguh dapat berpeluh nie.





Malam Selasa gat kan nak ride tapi Bob pulak accident motor so tukar program aku, Jasmi, Syam, Ayie gan Amran tolak ke KPJ Kajang utk melawat Bob. S'pai sana Qabla gan Sal mintak bantu Irra utk proses pindah Bob ke Ampang Puteri Hosital pulak malam tu..... So another travel pulak ke Ampang. Apa-apapun malam nie semua mmg mengharapkan agar Bob selamat dan cepat sembuh. Kesian gakkat Bob, Irra gan Mak Bob sebab dari pagi kat Hospital Serdang petang ke KPJ Kajang dan malam pulak ke Hospital Ampang Puteri. Kita orang pun sampai rumah dalam kul 1.00 pagi gak......

Malam Rabu mood x sampai nak ride malam so jawabnya rehat la yea......

Malam Jumaat, plan dah cantik nak ride kat Sg Long gan Kuntau...... Sampai rumah lain pulak jadinye. Ape tidaknye bilik anak-anak aku kene buat major repair cap buatan sendiri habis 2 malam aku kerjakan...... Alamatnya tinggal Ayie gan Syed ayuh 2 orang kat Sg Long, aku cuma dapat temankan diaorang minum kat rest mamak kat Semenyih malam tu jea.

Plan kedua aku sangkut jugak ialah Santai Ride kat Putrajaya Inter-Parks 9 yg aku plan sejak sebulan lalu... alih-alih penat punya pasal terbabas nak bangun itupun kalau tak Syam call aku pagi tu nak jak gayuh Santai... so x bangun lagi.
Apapun dapat gak aku ride ahad nie gayuh gan Qabla, Ayie, Syam, Kak Nor, Azizah gan Firdauz.. Kuntau Ride 1-BP-1 sekitar 21km....... lama gak tak gayuh ramai camni best gak walaupun santai-mantai jea. Hajat nak layan Maggie Goreng kat BP port biasa, sampai sana tgk kedai tutup la, so sggah minum kat gerai terdekat. asa Ayie beli nasi lemak, kak long tu bg tahu BP pindah kat depan Balai Polis.... apalagi Maggi tetap Maggi bungku pun jadilah....... Ride hari santai tapi best sebab semua boleh gayuh dan dah x da masalah naik-turun hill. Kalau masuk Jamboree camni no problem daa....
















Kesimpulannya seminggu lepas, 3 hari aku kat Gym ofis dan gayuh Kuntau Santai 1-BP-1. Minggu nie aku akan kembali ke Jamboree Ride balik iaitu Jamboree Felda@Mempaga kat Bentong pada hari Ahad nie... So nantikan citernye.

Zulq73....

Wednesday 22 June 2011

2011-06-21 Kuntau member accident - Bob Wayne

21-06-2011 Selasa
Hari nie start training aku di Gym kat ofis aku waktu lunch..... saje-saje sambil berdiet dan bersenam waktu lunch hour. Utk sessi pertama nie, aku abik 25minit utk berjogging menggunakan run machine dgn kadar kelajuan 6-8. Fuhh berpeluh jugak lah sampaikan kat ofis pun masih berpeluh lagi.... sihat alhamdulillah.
Harap-harap aku dapat sambung lagi senaman waktu rehat tghari nie dari Isnin ke Khamis setiap minggu. Target agar dapat turun lagi kilogram aku... selepas jogging, berat aku pada 73kg.
Sepatutnya malam nie aku gayuh kat BTKesuma. Terima sms dari Qabla yg Bob Wayne kemalangan dan sekarang berada di Hospital Serdang. Condition belum tahu lagi... so gayuh cancel dan nak ziarah Bob lepas keje karang.....
9.30mlm Aku, Syam, Amran, Ayie dan Jasmi gerak ke KPJ Kajang utk melawat Bob.... Tiba disana Qabla bagi tahu Bob akan dipindahkan ke Ampang Puteri Hospital. So kami pun ikut Bob, Irra gan Mak dia ke sana Ampang Puteri Hospital.....
Condition Bob boleh dikatakan okay gan x okay gak lah..... Muka still hensem tapi kone jahit sikit lah bawah dagu..... leher lum tahu nak kone check balik gan pakar. Tangan kanan lobam... Tangan kiri berbalut dgn sadung.... lain-lain sengal jea.
Motorbike injured cam tuan dia jugaklah.....
So harap-harap agar Bob dapat sembuh seperti sediakala secepat mungkin utk sambung gayuh balik....... Kuntau.
Soorylah lupa nak abik gambo Bob sebab sedih sangat tengok kawan injured camni dah la hari tu Irra kone.. nie pulak Bob pulak sambung...
Bob... semoga cepat sembuh yea

Zulq73


Saturday 18 June 2011

2011-06-18 Green Ride Cyberjaya 2011

GREEN RIDE CYBERJAYA 2011.
Cyberjaya Lakes.
18-06-2011 Sabtu.




4pg aku dah bangun mandi dan bersiap-siap utk pergi ke Cyberjaya dengan Firdauz dan Syam. Seperti biasa semua MTB items dah sedia tunggu nak ON jea.
6.30pg Bertolak dari BTKesuma dgn kete aku.... singgah di Shell Semenyih utk isi minyak......
7.30pg Aku dah sampai kat Cyberjaya Lakes utk buat pendaftaran dan bayaran RM10 seorang. Dapat Goodies Bag siap ada T-Shirt, Majalah, Makanan utk Sarapan Pagi dll. Agak trafik jam gak kat Khemah Pendaftaran sebab riders ada yg dah bayar, ada yg daftar belum bayar dan ada yg belum daftar / belum bayar... Q punya panjang walhal event nak mula kat 8pg.... apa-apapun Tahniah jugak Penganjur sebab berjaya mengawal keadaan walaupun agak lambat sikit.......








Event bermula gan acara untuk anak-anak bawah 5 tahun + Roda 3 (campuran), Bawah 12 tahun Lelaki dan Perempuan. Best tengok anak-anak kecil dgn penuh semangat dan galakan Ayah-Ibu masing-masing berlumba walaupun dlm jarak yg pendek.... ini namanya tanam sifat bersukan dari usia kecil lagi dan semangat membawa berkat dalam kehidupan berkeluarga dimana satu keluarga bersama-sama beriadah.....






1040pg Giliran Syam utk acara Veteran atas 40 tahun... mengelilingi Tasik Cyberjaya sebanyak 4 kali 4km bagi setiap 1 pusingan. Tahniah buat Syam yg berjaya mengayuh buat kali pertama dalam Acara Jalan ini walaupun kepakaran beliau adalah Jalan Dalam Bukit (Off Road).......







1130pg Giliran aku pula utk acara MTB Terbuka iaiu sejauh 20km - 5 pusingan. Best gak dapat gayuh gan antara terbaik MTB Riders dalam Malaysia..... Memang tak dinafikan tahap kecerdasan dan stamina amat tinggi utk mengayuh dalam acara ini. Apa-apapun memang terbaik sebab rintangannya memang mencabar minda buat Rider cam aku, Syam gan Firdauz yg pertama kali dalam acara ini. 2 pusingan pertama average kayuhan aku sekadar 22-26 shj tapi selepas pusingan 3-4 average aku meningkat kepada 30-36km.. memang betul cara aku lambat panas tapi makin lama makin panas. Aku berjaya mhabiskan 4 pusingan shj sbb pemenang sudah menamatkan acara.





1220tgh Firdauz bermula.... ini adalah event kedua beliau selepas Cravings Charity Ride. Tapi kali ni memang berbeza sebab race event. Apa-apapun aku sangat berbangga terhadap beliau sebab berjaya menghabiskan 2 pusingan. Biarlah tak menang asalkan berjaya menghabiskan acara dan dapat menambahkan pengalamana beguna.





100ptg Acara terakhir iaitu Elite Race sebanyak 18 pusingan. Riders terdiri Anuar Manan n team Terengganu dia, Air Force team, Selangor Team dll.
300ptg aku decide utk balik sebab dah petang.. kami singgah di Kajang utk sarapan tengahari.



400ptg baru sampai BTKesuma.
Bagi aku secara keseluruhan Green Ride Cyberjaya 2011 adalah berjaya. Sebab aturcara majlis walaupun sedikit lewat tapi teratur dan kemas. Event yg dibuat adalah lebih kepada Family Event dimana melibatkan kepada semua tahap Keluarga Ayah, Ibu dan Anak-Anak. Sebagai kawasan elit, kesudiaan pihak Cyberjaya utk memberi kerjasama utk event nie amat dihargai dan jika dapat sekiranya diulang lagi menjadi event tahunan. Kali ada yg menganggap penyertaan Riders Top / Elite mganggu acara tapi bagi aku adabaiknya sebab dapat jugak merasakan beriders sama-sama sambil menguji tahap sebenar diri sendiri bersaing dgn mereka. Satu lagi kehadiran mereka ini dapat menaikkan semangat anak-anak kecil dan muda utk berazam lebih lagi dimasa akan datang.........
Semoga bertemu dilain acara lagi ....
c u at Putrajaya Inter-Parks Ride 9 - 26-06-2011 Ahad




Zulq73