Friday 29 November 2013

Kelab Zulq'73 de Jamboree Pasoh 24.11.2013 Ahad

2013-11-24 Kelab Zulq'73 

Jamboree Pasoh


Alongs, Firdauz n Zulq.
Jamboree Pasoh N9.
42km.
500 peserta.
Felda Pasoh 1 N9.
24.11.2013 - Ahad 8pagi.

Tahniah dan syabas kpd PSCC diatas kejayaan Jamboree.
Trail yg terbaik sehingga tidak puas berkayuh dgn melayani bukit yg bertengkek-tengkek.

Keputusan Annuar Salehan 47, Zulfatah Firdauz 58, Zulq Azizah 99 dari 500 peserta.

Jamboree Pasoh PSCC memang terbaik .. buat lagi ye tahun depan Park Arr Lang.

Terbaik.
Kelab Zulq'73.























Kayuhan Amal Adik Nur Qaireena Sofea.



Alhamdulillah,


Berkat perbincangan antara HMR bersama beberapa Kelab MTB Kuala Lumpur dan Selangor. Satu kayuhan tabung amal buat Adik Sofea telah berjaya dilancarkan pada 22.11.2013 Jumaat 9.00malam bertempat di Pusat Rekreasi Air Prescint 6 Putrajaya.

Seramai lebih 450 pencinta pengayuh Basikal sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah hadir berkayuh bersama2 di samping menyumbang bagi membantu Adik Sofea 6 bulan yang mengalami Jantung Berlubang.

Walaupun jarak kayuhan sekitar 16km tetapi kepuasan dapat dilihat diwajah peserta yang hadir kerana bukan sahaja dapat berkayuh tapi dapat berjumpa dan berkenalan sahabat baru disamping menyumbang dengan jumlah sumbangan sebanyak RM8,911.00.

Ribuan Terima Kasih kepada...
Semua peserta dan kelab serta keluarga masing2 kerana sudi hadir memeriahkan acara ini... kehadiran semua semestinya memberi semangat kepada En Azhar sekeluarga dan lebih lagi kepada Adik Sofea sendiri.
Semua tetamu kehormat dan penganjur-penganjur yang sudi hadir. Sokongan anda diharap akan berterusan dilain-lain acara nanti.
Perbadanan Putrajaya, PDRM, Pasukan Perubatan yang memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan acara ini.
Semua AJK Bertindak yang bertumgkus-lumus merialisasikan acara ini. Semoga Jasa dan Keringat kalian akan selalu dikenang dan dibalas dengan kebaikan dan kesihatan berpanjangan. 
Kelab2 yg berusaha demi mencapai matlamat acara ini.
Harimau Malaya Riders (HMR), Baginda, Zulq'73, DR2, Huru Hara Klia, AMPRO, Bikeaway.com.my.

Akhir kata,

Terima Kasih dan Tahniah buat semua.
Insyallah jika diberi ada lagi acara seperti ini mohon sokongan semua pihak untuk bersatu dan bersama-sama menjayakan aktiviti-aktiviti riadah dan beramal seperti ini lagi.



Wassalam.

Terbaik,
Kelab Zulq'73