Sunday 10 July 2011

2011-07-10 Kuntau Ride 1-3-4-5

Kuntau Ride 1-3-4-5
10-07-2011 Ahad
8.00pagi - 1.30petang (5jam 30minit)
38km, 3492kalori, speed ave 8.5lm / max 44.9km
Zulq, Syed, Qabla, Schumie, Azrul, Shaiful, Fisal, Zaidi, David & Friends (2), 3 MTB Riders from Uniten Bangi. (14's)


Tinggal 2 minggu lagi Kuntau riders akan menyertai PCC Broga 2011, acara terbesar dlm Jamboree tahun ini iaitu dgn jarak paling panjang iaitu 60km. Satu tugasan yg amat mencabar dari segi stamina dan kekuatan diri setiap riders.





Pagi nie Kuntau riders ditemani oleh Mr David n geng dari Cheras. Permulaan ride meliputi stage 1 hingga ke stage 3.
 






Basicly simple ride terus ke Stage 3 di Ladang Durian... sedih tengok Ladang Durian sudah ditarah dan selepas nie tidak dapat dilalui kerana sudah ada tiang pagar meliputinya. Utk naik ke Ladang Getah pun x boleh selepas nie.. kena cari trail lain la lepas nie sebab stage 3 nie memang basic trail utk semua rider training naik dan turun Pacak.
 














Selepas stage 3, Kuntau menyusuri jalan belakang melalui Tokong Broga utk ke kedai Mamak Pekan Broga (sarapan pagi jap)... kat sini Kuntau selisih gan 3 riders dari Uniten Bangi yg tersesat..... diaorang pun join breakfast jap.

 
 

Selesai sarapan, Kuntau ride ke Ladang Arnab utk ke Bukit Broga... kat sini take abreak jap sebab lepas nie semua riders akan menaiki pacak dan downhil Bukit Broga yang agak bahaya. Kesian gak buat Azrul kawan Qabla yg 1st time join in bawak MTB Polygon 7 speed tapi sebabkan dia runner man stamina x menjadi masalah. Dari Kuntau Riders dan Mr Davd n geng, riders bertambah lagi gan 3 riders dari Uniten pun join sekali. Trail nie memang bahaya dan memerlukan perhatian yang amat serius sangat sebab downhill dia kalau x kena gaya memang mengundang bencana... pa tak nya sampaikan aku jatuh kat sini sebab mengelakkan batu terus masuk longkang air tu yang kaki aku luka dalam gak. lepas tu Fisal pulak jatuh depan aku. Mr David pun jatuh semasa menuruni downhill nie dan yg paling ganas 1 riders dari Uniten punya la laju sangat x sempat elak longkang air tu terus langgar bonggol sampai melambung, pipi luka gan rusuk kanan terasa sakit dan rim depan bengkok teruk. nasib baik boleh bawak turun MTB dia sampai Taman Tasik Semenyih walaupun tayar dah gelong habis.

 
 
 
 

Semasa menuju ke Taman Tasik Semenyih hujan turun dengan lebatnya... adush mandi hujan hari nie... lepak kat kedai sambil minum. Kat sini Uniten Riders break utk balik sambil menunggu member datang abik diaorang... diorang nie gayuh dari Uniten Bangi utk 100km ride ke Mantin tapi tersesat lalu jumpa kitaorang... Anyway Thanks for join us harap2 tak serik lepas yea.

Stage 4 dah habis... utk balik kena lalu stage 5 tapi abik jln short cut keluar Pelangi Semenyih terus menuju jalan Beranang lalu depan Bdr Tasik Kesuma......

Secara keseluruhan latihan hari ini amat berjaya sebab cuaca berganti dari sejuk ke panas dan basah. So far semua riders dapat menghabiskan kayuhan walaupun ada setengah bahagian terpaksa menolak..... semoga ianya dapat menjadi bekalan utk PCC Broga 2011 nanti.





Sehingga jumpa lagi.... Zulq

No comments:

Post a Comment