Thursday 7 July 2011

2011-07-05 Meet VDS n BPL Trophy at Menara TM

05-07-2011
Selasa
Menara TM, Bangsar, Kuala Lumpur
Sessi Foto dan Tandatangan bersama
Lagenda Edwin van Der Sar
dan Piala BPL Trophy (19's)



Hari ni aku dah abik cuti setengah hari petang khas utk acara nie.

1.30ptg aku dah sampai kat Menara TM, berlari aku bila dapat tahu yg Piala BPL gan VDS the Legend dah sampai sbb yg aku tahu dia akan spai pukul 2ptg.
Masuk je Menara TM dah penuh sesak gan staff TM juga public yg dapat tahu ttg event nie.

Nasib baiklah aku hadir atas jemputan khas sebab event ini hanya terbuka buat staff TM dan jemputan sahaja dimana public hanya dibenarkan utk lihat sahaja.

Terima kasih buat Pn Salamah yg membantu aku pada hari nie.

Manchester United adalah pasukan bolasepak kegemaran aku sejak dari kecik lagi Jadi memang idaman aku bila apasaja mengenai aktiviti di Malaysia yg melibatkan Man Utd. Insyallah jika ada diizinkan dan murah rezeki... menjadi harapan besar buat diriku untuk ke Old Trafford satu hari nanti, jika boleh sebelum SAF bersara.

Perlawanan Man Utd pertama di Malaysia adalah ketika 2 perlawanan persahabatan menetang pasukan Selangor utk merasmikan Stadium Shah Alam. Kedua-dua perlawanan aku hadir........

Perlawanan kedua ialah menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. Masa nie aku gan Clubhouse pergi menyambut Man Utd di KLIA... dimana aku dapat memeluk dan tandatangan Lagenda Paul Scholes (18).

Perlawanan ketiga ialah menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. Bukan satu perlawanan malah aku dapat dua perlawanan sekali agar-gara perlawanan Man Utd di Indonesia dibatalkan. Kali ini tandantangan D.Fletcher pulak menjadi milik aku di jersey merah yang baru aku beli.

Selain itu juga, Lagenda Dennis Law (dibuku souvinor Man Utd) dan Sir Bobby Charlton (poster dan jersey Man Utd 7-Firdauz).

Kali ini, Lagenda Edwin van Der Sar telah menandatangani di Baju-T putih Man Utd Asia Tour 2009 dan Jersey AON Merah untuk kenangan dimana sudah semesti menjadi kebanggan buat diriku yang meminati sukan bolasepak apabila dapat bersalaman, bertegur-sapa dan bergambar dengan penjaga gol terbaik Dunia Negara Belanda dan Kelab Man Utd. 6 tahun dan 10 pingat bersama Man Utd. Sudah semestinya beliau adalah yang terbaik ditahun 2000-2011 ini...



for Edwin van Der Sar,
Thanks for your contributions and great playing time with Man Utd.
May we can see another VDS at Man Utd after this......
Glory Glory Man Utd as the Reds is marching ON ON ON



















Zulq73

No comments:

Post a Comment