Friday 18 September 2015

29-30-.08.2015 Kayuhan Tahunan 2015 Adik Beradik MTB PNG de Cameron Highlands

Kayuhan Tahunan 2015 de Cameron Highlands
Kelab Adik Beradik MTB PNG.
29-30.08.2015 Sabtu-Ahad
Cameron Highlands
Zulqarnain, Zulfatah Firdauz, Zulkapeli, Elias & Nasaruddin.


Kayuhan Hari Pertama 29.08.2015-Sabtu
Kayuhan cari angin jarak 11.97km, kayuhan singkat dan mencabar menuruni dan pendakian antara Tanah Rata dan Bharat Plantations Tea House.

Kayuhan Hari Kedua 30.08.2015-Ahad.
Ucapan doa oleh Zulfatah Firdauz sebelum kayuhan. Cuaca sejuk dan nyaman serta redup.
Kayuhan pendakian dari Greenhill Resort Tanah Rata - Strawberry Park Resort - Pekan Brinchang - Pasar Kea Farm - Nova Hotel
cabaran kayuhan MTB yang menguji stamina dan minda dengan pendakian lerenggan yang pacak.
Nova Hotel, sambungan kayuhan ke Sg Palas Teh Plantations (Gunung Brinchang) menuruni kawasan ladang Teh yang nyaman dan indah.
Sessi mengambil gambar kenangan dikawasan ladang Teh.
Dari Ladang Teh ke Nova Hotel Kayuhan pendakian santai untuk ke sessi rehat dan minum Teh Tarik terbaik di Teh Tarik Place, Nova Hotel. Teh Tarik dengan harga RM3.50 segelas.
Kayuhan pulang dengan melayani menuruni laluan dengan kelajuan yang laju dan sejuk walaupun sudah pukul 11 pagi.
Berhenti rehat sebentar di Taman Tanah Rata sebelum pulang ke Greenhill Resort.

Kayuhan tamat dan Sessi penyerahan sijil kayuhan untuk semua peserta.
Jamuan makan yang disediakan oleh para isteri yang membantu menjayakan acara ini.

Terima kasih kepada Zulkapeli Ariffin, Elias Ariffin, Nasaruddin Ariffin, Zulfatah Firdauz Zulqarnain dan Khairuanuar Ibrahim (Pegawai) serta sekeluarga masing-masing yang bersama menjayakan kayuhan kali serta dapat berkumpul untuk merapatkan tali silahturrahim antara kami.


Insyallah, acara Kayuhan Tahunan Adik Beradik MTB PNG akan diteruskan lagi tahun hadapan dilokasi yang lain pula.

Terima kasih juga kepada En Sobri (Timbir) Proucell dan En Nazan Roda Pantas yang sentiasa membantu dalam setiap aktiviti yang kami lakukan.

Sehingga berjumpa di edisi lain,
Berkayuh untuk Riadah, Kesihatan dan Persahabatan.


Terbaik!
Zulq'73