Saturday 31 October 2015

20151018 Zulq'73 de PCC2015

20151018 Zulq'73 de PCC2015

PCC2015 kembali lagi selepas 2tahun.
Kali ini de Eco Semenyih Park Selangor.
Jarak masih dikekalkan kepada 53km.

Alhamdulillah,
Misi menamatkan cabaran ekspidisi MTB PCC2015 berjaya dilaksanakan sejauh 53km dengan catatan masa 6jam56minit dengan 5cp....
Daripada 1400 peserta hanya 500++ sahaja yang menghabiskan kayuhan penuh kali ini.
Trail kali ini agak mencabar tetapi boleh dihabiskan dengan kekuatan mental dan fizikal yang kuat.
Dengan santapan mendaki seperti memanjat gunung dan cerunan yang tajam sehinggakan tangan tegang dan sakit untuk mengawal basikal.
Ini memerlukan tumpuan dan penglihatan yang tajam sepanjang kayuhan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Tahap Kayuhan dikatogerikan sebagai HASH,
sangat sesuai untuk yang sukakan tekanan
Sesuai untuk ingin belajar
Tidak sesuai jika tidak berani menghadapi situasi tegang.

Syukur... berkat latihan singkat larian di Gym dan Kayuhan Malam selama 2 minggu ditambah pula dengan tenaga sampingan dari Proucell...
Kayuhan kali ini tanpa kekejangan otot kaki.
Ternyata Proucell memang sangat membantu mengembalikan tenaga dan mengekalkan kayuhan walaupun jauh dari segi jarak dan masa.

Tahniah buat penganjur PCC Malaysia dan semua kakitangan krew serta sponsor yang berjaya melaksanakan acara kali ini dengan baik sekali.

Zulq'73 solo tapi ditemani sahabat sahabat MRCM yang meriuhkan suasana,
Syabas kepada Nazmie, Jay Jay Jonit, Jai Merida, Edlan, Yanz Merida, Jax Merida, Ah Tom dan Angah dari MRCM,
juga Deen, Suhaimi, Safreyzal, Loo Chiew Chen serta semua peserta yang berjaya de PCC2015 kali ini.

Terima kasih kepada Sdr Timbir dari Proucell untuk tenaga bantuan,
Juga kepada Bro Yong dari LNL Bikers untuk setting Big9 saya.

Akhir kata,
Semoga dapat bertemu lagi de PCC2017...
Sahut cabaran untuk keyakinan diri dan menguji ketahanan dan kekuatan minda dan tubuh anggota anda.
Kayuh untuk Riadah, Sihat dan Persahabatan.

Terbaik!
Zulq'73

































Terbaik!
Zulq'73