Saturday 18 June 2011

2011-06-18 Green Ride Cyberjaya 2011

GREEN RIDE CYBERJAYA 2011.
Cyberjaya Lakes.
18-06-2011 Sabtu.




4pg aku dah bangun mandi dan bersiap-siap utk pergi ke Cyberjaya dengan Firdauz dan Syam. Seperti biasa semua MTB items dah sedia tunggu nak ON jea.
6.30pg Bertolak dari BTKesuma dgn kete aku.... singgah di Shell Semenyih utk isi minyak......
7.30pg Aku dah sampai kat Cyberjaya Lakes utk buat pendaftaran dan bayaran RM10 seorang. Dapat Goodies Bag siap ada T-Shirt, Majalah, Makanan utk Sarapan Pagi dll. Agak trafik jam gak kat Khemah Pendaftaran sebab riders ada yg dah bayar, ada yg daftar belum bayar dan ada yg belum daftar / belum bayar... Q punya panjang walhal event nak mula kat 8pg.... apa-apapun Tahniah jugak Penganjur sebab berjaya mengawal keadaan walaupun agak lambat sikit.......








Event bermula gan acara untuk anak-anak bawah 5 tahun + Roda 3 (campuran), Bawah 12 tahun Lelaki dan Perempuan. Best tengok anak-anak kecil dgn penuh semangat dan galakan Ayah-Ibu masing-masing berlumba walaupun dlm jarak yg pendek.... ini namanya tanam sifat bersukan dari usia kecil lagi dan semangat membawa berkat dalam kehidupan berkeluarga dimana satu keluarga bersama-sama beriadah.....






1040pg Giliran Syam utk acara Veteran atas 40 tahun... mengelilingi Tasik Cyberjaya sebanyak 4 kali 4km bagi setiap 1 pusingan. Tahniah buat Syam yg berjaya mengayuh buat kali pertama dalam Acara Jalan ini walaupun kepakaran beliau adalah Jalan Dalam Bukit (Off Road).......







1130pg Giliran aku pula utk acara MTB Terbuka iaiu sejauh 20km - 5 pusingan. Best gak dapat gayuh gan antara terbaik MTB Riders dalam Malaysia..... Memang tak dinafikan tahap kecerdasan dan stamina amat tinggi utk mengayuh dalam acara ini. Apa-apapun memang terbaik sebab rintangannya memang mencabar minda buat Rider cam aku, Syam gan Firdauz yg pertama kali dalam acara ini. 2 pusingan pertama average kayuhan aku sekadar 22-26 shj tapi selepas pusingan 3-4 average aku meningkat kepada 30-36km.. memang betul cara aku lambat panas tapi makin lama makin panas. Aku berjaya mhabiskan 4 pusingan shj sbb pemenang sudah menamatkan acara.





1220tgh Firdauz bermula.... ini adalah event kedua beliau selepas Cravings Charity Ride. Tapi kali ni memang berbeza sebab race event. Apa-apapun aku sangat berbangga terhadap beliau sebab berjaya menghabiskan 2 pusingan. Biarlah tak menang asalkan berjaya menghabiskan acara dan dapat menambahkan pengalamana beguna.





100ptg Acara terakhir iaitu Elite Race sebanyak 18 pusingan. Riders terdiri Anuar Manan n team Terengganu dia, Air Force team, Selangor Team dll.
300ptg aku decide utk balik sebab dah petang.. kami singgah di Kajang utk sarapan tengahari.



400ptg baru sampai BTKesuma.
Bagi aku secara keseluruhan Green Ride Cyberjaya 2011 adalah berjaya. Sebab aturcara majlis walaupun sedikit lewat tapi teratur dan kemas. Event yg dibuat adalah lebih kepada Family Event dimana melibatkan kepada semua tahap Keluarga Ayah, Ibu dan Anak-Anak. Sebagai kawasan elit, kesudiaan pihak Cyberjaya utk memberi kerjasama utk event nie amat dihargai dan jika dapat sekiranya diulang lagi menjadi event tahunan. Kali ada yg menganggap penyertaan Riders Top / Elite mganggu acara tapi bagi aku adabaiknya sebab dapat jugak merasakan beriders sama-sama sambil menguji tahap sebenar diri sendiri bersaing dgn mereka. Satu lagi kehadiran mereka ini dapat menaikkan semangat anak-anak kecil dan muda utk berazam lebih lagi dimasa akan datang.........
Semoga bertemu dilain acara lagi ....
c u at Putrajaya Inter-Parks Ride 9 - 26-06-2011 Ahad




Zulq73

No comments:

Post a Comment