Sunday 29 May 2011

Mesyuarat Penubuhan Kelab Kayuhan Kuntau

Tarikh: 27-05-2011
Hari: Jumaat
Masa: 9.30malam-11.30malam
Tempat: BTKesuma
Kehadiran: Ahli Kuntau (Mens, Ladies, Junior & Kehormat)

Tajuk Hari Ini Dalam Sejarah:  Mesyuarat Penubuhan Kelab Kayuhan Kuntau

Tercatat sudah dalam sejarah Kelab Kyuhan Kuntau @ KUNTAU dimana bersamaan tarikh keramat ini yang disambut dengan Hari Beliau Malaysia.... persetujuan telah berjaya dicapai bersama 20 ahli Kuntau yang hadir pada malam ini (yang tidak dapat menghadirkan diri, harapan aku agar sahabat dapat menyokong penuh dan bersama-sama dalam aktiviti-aktiviti yang akan datang yea).......

Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan dari semua ahli Kuntau untuk menubuh dan mendaftarkan Kelab Kayuhan Kuntau untuk menjadikan sah dan rasmi dari segi undang-undang.

Jawapannya semua ahli Kuntau bersetuju 100%






Penamaan nama Kelab Kayuhan Kuntau @ KUNTAU.. walaupun ada sedikit keraguan tetapi akhirnya setuju sebulat suara... terima kasih.


Penamaan Majlis Tertinggi (MT) kali pertama ini berlangsung dengan sengitnya kerana boleh kata setiap jawatan berlaku pertandingan 1 lawan 1 (ishk cam pilihanraya la pulak.. opps mintak maaf ye... politik-politik issue tak main kat sini haaa kata lain KUNTAU is for kegiatan sukan sahaja)......

Setelah diputuskan dengan persetujuan semua ahli KUNTAU seramai 9 MT/AJK telah dilantik dengan sebulat suara.
PENGERUSI, NAIB PENGERUSI, SETIAUSAHA, BENDAHARI,
AJK 1, AJK 2, AJK 3, AJK 4, AJK 5,









Selain itu mesyuarat kali ini juga ada dibincangkan mengenai Jersey Pasukan Kuntau dan lain-lain........

Harapan aku semoga MT & AJK yg dilantik dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.......... Insyallah
Dan ahli-ahli Kuntau juga turut dapat bekerjasama dalam menjayakan apa sahaja aktiviti yang akan dijalankan kelak.









No comments:

Post a Comment