Sunday 15 May 2011

2011-05-15 Craving Charity Ride 2011

(gambar ihsan dari Cycling Malaysia)

5.30pg aku dah bangun bersiap utk Craving Charity Event nie.... Kalau kut early register 18 Kuntau akan gayuh pagi nie tapi Khalil (sakit), Zarina, Shahrul-Don, Siti Sarah & Hairul x dapat ikut last minutes dan diganti dgn Firdauz & Naim. So Kuntau tetap hadir gan Zulq, Azizah, Firdauz, Ayie, Yatie, Amran, Naim, Syam, Bob, Rashid, Schumie, Shamie, Zaidi & Junior, Shaiful.







6.30pg cam yg dikhaborkan semalam kumpul depan rumah Syam gan Bob...
7.15pg Kuntau bertolak dari BTKesuma menuju ke Tesco Xtra Cheras...






7.30pg Majoriti riders semua dah ada.. masing2 tgh pasang bike, Pian pergi registration gan kan dapat goodies tapi organizer cakap habis ride baru boleh abik.


8.00pg free breakfast for all riders thanks dari Craving... Firdauz sempat abik gbor gan Bro Arash dari PUJmac team utk kenangan beliau dan aku sempat bertegur sapa gan Cif Assri dari PUJmac team.... geng-geng rider lain yg aku sempat jumpa event nie ialah Achong & Razlan - BTR. Yuen orginizer dari Puchong.....


8.46pg sepatutnya start 8.30pg tapi nak kena tggu UMobile tu yg lambat sikit... anyway Kuntau group memang glamour utk event nie.. mana taknya semua dok front line abik berpuluh gbor tak tahu lah kalau x masuk magazine / paper nanti. yg paling glamour tak lain talk lagi merpati dua sejoli Ayie gan Yatie la kan.......





Rider bermula keluar dari Tesco Xtra Cheras menuju bulatan Cheras.. sampai bulatan kami semua belok kiri menuju ke KL sehingga simpang kiri masuk Taman Midah, kat sini jalan besar dah sibuk dah tapi well done organizer gan Marshall biker, motorbike dan pick-up truck yg berjaya mengawal lalu lintas.... masuk Tmn Midah rider dihidangkan dgn road up-down hill. masa nie semua bersemangat waja sbb cuaca masih sejuk dan angin masih byk lagi... menuju ke Bdr Tun Razak terus ke Tmn Tasik Permaisuri. Riders dpt mengelilingi Taman ini sehingga ke simpang HUKM.. kat sini Zaidi terpaksa retire awak sbb Junior dia tertidur la pulak. Selepas simpang HUKM kami belok ke kiri menaiki road hill Teknik Cheras ke SMK Cheras... Oleh sbb Riders dah terbahagi kepada 2 group, mashall terpaksa memberhentikan ride kat depan SMK Cheras kerana terpaksa menunggu 2 group yg teramat santai dibelakang.. kat sini rider semua berehat gan air mineral dan pisang sambil dapat berkenalan antara riders baru. salah-satu group baru yg Kuntau dapat ialah Group dari UKM Bangi sdr Bob - hope dapat ride gan mereka nanti di Beranang...





Selepas rehat dan semua riders sampai, kami melalui jalan KL yg sememangnya sibuk walaupun hari nie hari Ahad. kami melalui terowong motor di bulatan BTR menuju ke jln cheras-pudu.... dari BTR melalui St Badminton Cheras sehingga Jusco Tmn Maluri jalan nie memang paling sibuk.. nasib baik Marshall yg pro nie ada & juga sikap pemandu KL yg sporting hujung minggu yg buatkan ride kami senang dan selamat. melalui jln cheras-pudu sehingga ke simpang 4 Balai Polis Pudu (tempat lahir dan tinggal aku dari kecik hingga ke 17thn.. memang byk kenangan silam yg menarik kat sini.. itu sebab event nie mmg aku tggu2 sbb melalui tempat zaman kecik2 aku). selepas simpang 4 nie  kami belok kanan masuk jln Tun Razak dan ke kanan semula masuk simpang jln Peel sehingga Carrefour. di Carrefour belok pula kiri menuju jln chocrane sehingga ke Pejabat BPR (nama baru aku lupa la pulak) Chocrane dimana sekali lagi semua riders berhenti rehat......








Selepas rest... riders start balik menuju jln chocrane melalui pasar pagi.. habis kecoh pasar nie gelak ketawa rider gan penjaja saling order mengorder "ikan 5 kilo, bawang 10 bungkus" sambil dibalas oleh penjaja "haa mari-mari ikat kat bike korang".... lelong lelong basikal ......
melalui jln chocrane masuk ke jln kg pandan utk menuju ke times square... kat sini riders dapat merasai 1st trail road ride sebab terpaksa menaiki jejantas bulatan kg pandan yg agak tinggi jugak... kesian Ayie dah terpaksa memanjat jambatan gan beg keliling pinggang, paksa pulak nolak Yatie tersayang ... uhkkkkss mesti penat kan Ayie. naik semua drop gear yg paling drop tapi bila nurun semua x gat giler lepas gian dapat ride dlm KL tanpa kena saman... mana dapat ride dlm KL kalau hari biasakan...

seronok punya pasal sampai kan ada 1 rider tergolek selepas nurun jambatan nie, nasib x parah... risau jugak sebab keta byk nak menuju ke Bkt Bintang nie... downhill jambatan terus menuju ke Times Square..





our perhentian event nie dimana semua riders henti rehat dan berkumpul disini salah satu main sponsor event nie... kat sini organizer abik group photo utk kenangan.... kat sini cam cam benda ada yg abik gbor antara rider, rehat sambil minum gan makan pisang, abik time pergi restroom dlm Times Square lagi...



Basic nya total ride 1st stage nie ialah 16.61km bersamaan gan 1 jam 43min termasuk gan 2 kali pit stop kat Cheras gan Pejabat BPR tadi..... average ride dlm 15-25km/j shj mmg sesuai utk semua peringkat rider baik junior sampai veteran, beginner ke pro semua boleh gayuh.. mmg rugi x join he he heee....

Selepas 1/2 jam rehat.. semua rider bertolak balik menaiki Jambatan bulatan Kg Pandan ke Pandan Indah... sampai simpang ke Jusco Tmn Maluri kami belok ke kanan menerusi terus ke Jln Cheras-Pudu. Masuk Jln Cheras-Pudu jln dah sesak tapi Thanks again buat Marshall yg berjaya mengawal lalu-lintas kamie terus menuju ke bulatan BTR dan memasuki terowong motor. Keluar Jln Tenteram utk Ke BTR, kat sini semua riders yg dah nampak kepenatan di tambahkan sedikit kezutan kerana terpaksa melalui road pacak pertama di Teknik Cheras, downhil semula sebelum road pacak selepas Asrama Youth BTR dimana semua Riders berhenti rehat kat sini sekejap utk menunggu Riders lain... walaupun jarak nak ke Tesco Xtra Cheras cuma tinggal dalam 4-5km lagi tetapi disebabkan jln terakhir nie penuh gan 2 road pacak, Marshall henti jap kat sini utk Riders abik balik angin.....




Last ride to Tesco Xtra Cheras nie mmg penat sikit sbb bermula 1road pacak kat jln tn midah sebelum turun sikit dan naik balik road pacak.. kat sini aku boleh tgk ramai riders yg dah habis angin tapi tetap x henti gayuh cuma slow jea... anyway best tgk Firdauz, Naim gan Shamie sbb dapat habiskan event nie dengan jayanya termasuk jugak lah buat Bro Syam gan Yatie... Kuntau lain-lain kalau x lepas memang nak kena lah jawabnya kan...... sampai di Tesco Xtra Cheras maka tamatlah Charity Ride kami gan 2 ride nie ialah 12.17km dgn masa 1jam 6min average ride 10-39km/j shj.
So total ride semua ialah 28.78km 2jam 49min...memang best sebab ride kali nie mmg utk semua peringkat riders dan seronok sgt, x penat, no pressure, happy sepanjang ride....




Closing event semua riders diberikan lunch FOC sambil mbuat amal gan beli special burger Craving....
Lucky draw mmg sempoi dlm Tesco Xtra Cheras gan min prize sbb event nie kan namanya Charity bukan rider tapi utk HOPE M'sia - thanks organizer.....



Kuntau sekali lagi mmg ada rezeki dlm lucky draw... mana tak nya kalau sebut nama lucky draw x sah kalau nama Ayie x da kan tapi sbb tuan badan dah balik so wakil nye abikkan dan simpanlah kan... next Ladies Kuntau pulak Azizah dapat tiket wayang vip free dari GSC tapi utk sorang.. mana aci cam cakap Arash tadi, aku pun nak satu jugak sbb nak dating sama-sama tgk wayang... 3rd lucky ialah Amran pun ticket wayang gak.. so pilih nak bagi Ina gan Azizah pg tgk wayang ke atau Aku gan Amran yg pergi... he he heee....



Last sekali aku wakil utk Kuntau KKK memberi sumbangan hamper kepada wakil HOPE Msia utk diserahkan kepada badan amal yg akan diserahkan mereka kemudian nanti..... Thanks Kuntau yg menderma utk hamper nie yea.....










(gambar ihsan dari Cycling Malaysia)

Thanks again buat semua Kuntau riders dan supporters yg involve dlm event hari nie sebab meramaikan lagi Kuntau dlm acara nie... harapan saya ialah next event nanti akan lebih ramai lagi Kuntau Mens, Ladies gan Junior yg involve yea....

Bye Bye see u next ride....
Zulq & Ayie next Kuntau event is Jamboree Jasin 2011 on 29-05-2011 Sunday
(doakan akan kejayaan kami ya demi atas nama Kuntau yg semakin dikenali dikalangan MTB riders)...............










2 comments:

  1. Detail sangat macam diary. Haha. Thanks Kuntau!

    ReplyDelete
  2. your most welcome sir...
    mmg details sbb road kali nie tempat lahir saya. its like back to old memory...
    anyway thanks so much for the nice event....
    hope to c u guys again in next events yaa..

    ReplyDelete