Thursday 28 August 2014

15.06.2014 Ahad - Kelab Zulq'73 de MPAJ Kfc MTB 2014 Siri 2

Kelab Zulq'73


MPAJ MTB Race Series 2 de AU2 Keramat.
15.06.2014-Ahad 8.00pagi
Zulfatah Firdauz dan Shahir Haziq Shamsuri beraksi de Katogeri Remaja Bawah 17 Tahun.

Syabas dan Tahniah buat Remaja kelab Zulq'73 - Firdauz dan Shahir yang berjaya menghabiskan cabaran 4 pusingan bertanding bersama beberapa Jagoan Sukma 2014. Apa yang penting dapat menambah dan meningkat pengalaman serta tahap kayuhan didalam acara perlumbaan seperti ini.
Tiada rezeki buat adik Shaqilah Ilyana Shamsuri kerana penganjur tidak mengadakan katogeri remaja perempuan kali ini, cuma mohon diadakan kembali disiri ke3 untuk memberi peluang juga buat remaja perempuan bertanding sama seperti remaja lelaki. 

Tahniah juga buat sahabat-sahabat MTB dari Proucell Cycling Team (Timbir, Bujoe, Zull Faizol, Aiman, Khalid, Che Din TRG) yang bertanding hari ini.

Buat semua pemenang katogeri masing-masing ... Syabas dan Tahniah.
Ucapan Tahniah juga kepada Pro Nor Effandy Rosli dan Team Penganjur MPAJ Race ini atas usaha berterusan penganjuran demi menaikkan taraf sukan MTB Malaysia ini.

Akhir Sekali, terima kasih yang teramat sangat buat Saudara Shamsuri Hashim dan adik Shaqilah Ilyana Shamsuri yang sentiasa membantu dan turut serta dalam aktiviti Kelab Zulq'73.

Terbaik!
Kelab Zulq'73





 











No comments:

Post a Comment