Wednesday 27 August 2014

2014-06-08 Ahad - Kelab Zulq'73 de Jamboree Kuntau 2014


Kelab Zulq'73
07-08.06.2014 Sabtu-Ahad.
Jamboree & Race Kuntau 2014
Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor.
1500 peserta / 42km

Jamboree Trail: Teknikal dan Hash serta Sungai - Terbaik!
Trail yang mencabar minda dan kekuatan buat pencinta basikal MTB dengan 4 jenis dan tahap permukaan bumi disediakan oleh Pihak Penganjur Kuntau. 
Trail pecutan dalam kelapa sawit dan jalanraya.
Trail dakian penuh dengan aksi menolak beskel dari kayuhan.
Trail redah sungai panjang sampaikan sejuk kaki - free massage.
Trail cerunan yang mencabar dan memerlukan konsentrasi maksimum.
Apapun dengan jarak 42km memang agak tercabar minda dan memang memerlukan keberanian maksimum untuk sampai ke garisan penamat.

Syabas dan Tahniah kepada semua Ahli/Kelab Kelab Zulq'73 
yang berjaya menghabiskan kayuhan kali ini......
Zulq Azizah (74 Otai / 366-O), Zulfatah Firdauz (14 Junior / 59- O),
Hadi (36 Junior / 233- O), Muhd Najmuddin (37 Junior / 234- O)
Shahir Haziq Shamsuri (46 Jnr / 302- O), Azmi Cyclist (108 Otai / 476- O)
Mohammad Aliff (422 Men / 648- O), Haniff, Afiq Aiman
Muhammad DinieDarul SyamMasri Ahmad Zayadah, Hasnan, 
Muhamad Muhadzir, Faizal, R Pyan Alias, Zamzari, Shahrin.

Buat semua Ahli / Sahabat Kelab Zulq'73.. 
anda memang Terbaik kerana walaupun kita masih baru dalam dunia MTB Malaysia tetapi semangat dan usaha kalian yang membuatkan kejayaan dan kepuasan dalam Kelab Zulq'73 ini.

Disamping itu juga, kami di Kelab Zulq'73 dan saya sekeluarga Azizah Zulq / Zulfatah Firdauz) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 
Sdr Timbir dari Proucell Cycling Club  dan keseluruhan Pelumba Remaja Proucell, Sdr Labib Aby, Sdr Tengku Suffian yang sudi berkampung dirumah saya sepanjang 2 hari Jamboree Kuntau 2014 ini. 

Ucapan Syabas dan Tahniah juga buat Team Proucell yang berjaya menduduki tempat ke 5 dan 7 dalam acara Race Kuntau dan juga posisi terbaik dalam Katogeri Jamboree Kuntau.... 
Teruskan Kayuhan Terbaik!

Kelab Kayuhan Kuntau....
Syabas dan Tahniah buat seluruh warga Kuntau atas kejayaan penganjuran 2 hari Race dan Jamboree 2014. Sememangnya usaha yang dilakukan sudah melebihi daripada yang dijangkakan. 
Biasalah dalam setiap acara akan ada kebaikan mahupun kelemahan……. 
Teruskan yang Terbaik!

Akhir kata,
Semoga kita berjumpa dilain acara MTB lagi,
Kayuh Selalu Demi Persahabatan dan Kesihatan.

Terbaik!
Kelab Zulq’73





















Terbaik!
Kelab Zulq'73

No comments:

Post a Comment