Tuesday 13 May 2014

2014-05-04 Jamboree Ride Houz, Sepang

Kelab Zulq'73
Jamboree Ride Houz Sepang Selangor 
Huru Hara Klia
04.05.2014 Ahad 8.30pg
25km aje 

15 Ahli dan Sahabat Kelab Zulq'73 telah berjaya mengharungi cabaran Jamboree Ride Houz Sepang hari ini.

Tahniah dan Syabas buat semua yang berjaya menghabiskan kayuhan dan juga buat beberapa Ahli yang pertama kali beraksi di Jamboree ini.

Alhamdulillah dan Tahniah buat Zulfatah Firdauz yang berjaya menduduki tempat ke 9 dalam katogeri Remaja (kejayaan Podium ke-2 Kelab Zulq'73 tahun ini dan semoga akan memberi dorongan dan semangat buat semua Ahli Kelab untuk mencapai kejayaan seterusnya).

Kedudukan Ahli Kelab Zulq'73 dalam Jamboree daripada 1200 peserta.
01. Zulfatah Firdauz - Jr 009 / Keseluruhan 029
02. Zulq Azizah - V 036 / Keseluruhan 152
03. Azmi Cyclist - V 041 / Keseluruhan 168
04. Muhd Najmuddin - Jr 029 / keseluruhan 199
05. Shahir Haziq Shamsuri - Jr 038 / keseluruhan 311
06. Darul Syam - M 269 / keseluruhan 421
07. Hasbullah - V 110 / keseluruhan 470
08. Hasnan - V113 / keseluruhan 486
09. Hj Mohd Shahzan - V 121 / keseluruhan 508
10. Mohammad Aliff - M 349 / keseluruhan 545
11. Afiq Aiman - Jr 051 / keseluruhan 546
12. Asri Hosnar - V 133 / keseluruhan 560
13. R Pyan Alias - V 190 / keseluruhan 754
14. Azirudden - keputusan ?
15. Masri Ahmad Zayadah - CP2 - kemalangan.

Trail hari ini pendek sahaja 25km tetapi memang sesuai untuk Pengayuh yang mencintai laluan dengan kelajuan maksima sambil melayan naik turun Bukit Manja yang Terbaik yang disediakan oleh Pihak Penganjur. Syabas dan tahniah buat semua kakitangan dan pengurusan Jamboree Ride Houz iaitu Huru Hara KLIA dan kerjasama dari Bikeaway.com.my ( Annuar Salehan ) diatas penganjuran yang mencapai citarasa ramai dan Terbaik. semoga diharapkan akan ada kesinambungan 2015 nanti.

Akhir kata, Tahniah buat semua 15 Ahli/Sahabat Kelab Zulq'73 termasuk Tn Shamsuri Hashim yang bersama kami hari ini.

Salam Hormat dan Wassalam.

Terbaik!
Kelab Zulq'73























No comments:

Post a Comment