Friday 2 May 2014

20-04-2014 Jamboree Janda baik, phg

Kelab Zulq'73
20.04.2014 Ahad 
Jamboree Janda Baik 2, Pahang 
30km 
10 Ahli & Sahabat Kelab Zulq'73
Zulq AzizahZulfatah FirdauzMuhamad MuhadzirMuhd Najmuddin,
Masri Ahmad Zayadah, Hasbullah, Darul SyamR Pyan Alias,Afiq AimanNorazim Ghani Ajimz dan Shahir Haziq Shamsuri.


Rombongan ke Janda Baik 2 kali ini sempoi je tidur de Masjid Sultan Abu Bakar, Kg Janda Baik, Pahang dan ada yang datang seawal Subuh dari KL.

Hari ini semua 10 Ahli dan Sahabat Kelab Zulq'73 menggunakan Jersi Kelab Zulq'73 dengan semangat untuk menghabiskan cabaran.

Trail Jamboree kali ini peratusan majoriti lebih kurang sama dengan tahun lepas cuma bezanya de CP1.. climbing TAR dan downhill Tajam yang mencabar minda dan memerlukan konsentrasi yang tajam... mana tak nya saya sendiri pun jatuh gara-gara rantai jatuh semasa donwhill dgn pedal clip x sempat bukak, bengkak dada kiri uhuk uhuk.
Memang ramai yang kecundang dekat CP1 de Climbing - Tolak mahupun Downhill - Jatuh.

CP 2 & 3 rata-rata semua boleh kayuh dan sampai ke garisan penamat dengan jarak 30km cume ramai jugak yang kecundang de Sungai gara-gara tak tahan nak berendam hihihiiiiii sampai sejam pun ado.

Bagi kami, syukur alhamdulillah kerana semua 10 Ahli dan Sahabat Kelab Zulq'73 telah berjaya menghabiskan kayuhan hari ini dengan selamat.

Kedudukan 10 Ahli dan Sahabat Kelab Zulq'73 dari 1700 peserta.
Firdauz - Remaja A17 / Overall 66
Zulq - Veteran C139 / Overall 387
Najmuddin - Remaja A38 / Overall 449
Muhadzir - Dewasa B201 / Overall 491
Norazim - Dewasa B228 / Overall 548
Hasbullah - Veteran C304 / Overall 719
Afiq Aiman - Remaja A055 / Overall 989
Darul Syamm Dewasa B383 / Overall 994
Masri - Veteran C481 / Overall 1080
Rapian - Veteran N/A / Overall 1179

Syabas dan Tahniah buat semua yang berkayuh hari ini dan Terima Kasih juga kepada Adik Shahir yang sudi bersama Kelab hari ini untuk menimba pengalaman suasana Jamboree sebenar sebelum Jamboree pertama beliau akan datang.

Terima Kasih juga kepada Boss Timbir Proucell Pct yang memberi sokongan moral kepada Ahli dan Sahabat Kelab Zulq'73 hari ini.

Tahniah juga buat semua 1700 peserta dan Penganjur SK Management serta seluruh yang terlibat dalam acara ini.

Berjumpa dilain Jamboree ... Selamat Berkayuh dan Beriadah.

Terbaik!
Kelab Zulq'73























No comments:

Post a Comment