Thursday 6 October 2011

23, 24 & 25 September 2011 - Kuntau Day's

3 Hari bersejarah bersama Kelab Kayuhan Kuntau.......

23.9.2011-Jumaat
11 Kuntau telah beraksi utk persiapan terakhir ke Jamboree ECC Burung Hantu Nite Ride Melaka minggu hadapan.... Total ride malam nie ialah sejauh 25.04km (9.6km ave, 34.0km max spd), 1665.3kcal. mengambil masa 2jam 36min termasuk waktu rehat kat BP.


Kami bermula pada pukul 10.23malam dari BTK bergerak masuk melalui off road (Betik) menusuri stage 1 ke Kg Tarun..... Berikut melalui jln Kg Tarun ke Palang. Selepas Palang memasuki off road balik melalui Jambatan Timbang terus ke BP.
Malam nie semua decide rehat kat Restoran Kuning.........






Selepas rehat sambung ride balik ke Jambatan Timbang ke Palang sehingga ke Kg Tarun. Di Kg Tarun, memasuki off road menaiki pacak utk terus keluar melalui Betik seterusnya balik di BTK pada pukul 1.00pagi.







Happy Ride buat semua yg terlibat malam nie yea.... Bob, Syed, Zulq, Firdauz, Pian, Schumie, Azme, AA, Adik Azme, Nan & Ayie.
Zulq Kuntau

24.9.2011 Sabtu...

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Perasmian Kelab Kayuhan Kuntau
Tempat Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor
Masa 7.30petang hingga 12.30pagi
Menu Kambing Golek, Port Luck dari semua Kuntaurina.


Kehadiran tetamu kehormat Dato' Zol (VIP), Hj Rahim (VIP), Sdr Johari (Pengerusi Fasa 3B) dan semua ahli Kuntau/Kuntaurina beserta anak-anak masing-masing.



Sambutan hari raya ini bertujuan untuk mendekat lagi sambil mengenali antara ahli keluarga Kuntau semua di dalam bulan Syawal yang penuh mulia ini.








Ini adalah acara rasmi pertama Kuntau khas untuk ahli-ahli Kuntau/Kuntaurina selepas mendapat kelulusan penubuhannya.





Acara kemuncaknya adalah dimana atas kesudiaan Dato'Zol (VIP) untuk memberi kata-kata perangsang dan amanat untuk Kelab Kayuhan Kuntau serta merasmikan Kelab Kayuhan Kuntau sebagai kelab MTB yang berdaftar dan sah.
Harapan saya agar dapat sekiranya kelab ini beroperasi dengan lancar bersama-sama dengan okjektifnya untuk menarik minat semua golongan dari peringkat umur untuk beriadah disamping dapat melahirkan bakat-bakat muda untuk mewakili negara dalam bidang sukan MTB ini dimasa-masa akan datang.











Insyallah.... Zulq Kuntau

25.09.2011-Ahad
08.12pagi-1.30petang
46.72km. 8.9km / 41km max. 3345kcal. 5jam 14min.
10 Kuntau - Bob, Syed, Zulq, Amran, Syam, Napi, Jaafar, Fizal, Khalil dan Don.


Walaupun penat selepas jamuan malam semalam sehingga ke 1.00pagi, Kuntau tetap meneruskan kayuhan latihan utk persediaan Jamboree ECC Burung Hantu Melaka.
Kayuhan kali ini boleh dikatakan sebagai Internal Ride Jamboree Kuntau kerana jarak kayuhan meliputi jarak standard bagi Jamboree biasa iaitu 46.72km.

 

Kuntau bemula dari BTK melalui off road pertama iaitu Betik terus Kg Tarun keluar ke Jambatan Jln Broga melalui jalan Broga terus ke Surau Kg Kapal. Berhenti sekejap disini menunggu semua Kuntau sampai....




Sambung kayuhan belok ke kiri memasuki Kg Kedah utk memasuki Stage 2 PCC Broga sehingga ke simpang D'hill Pokok Getah. Cabaran bermula buat Bro Syam sehingga disini.. rehat sebentar ambil angin kerana kayuhan berikut akan memasuki kawasan off road yang mencabar lagi menarik.






Kuntau memasuki offroad stage 2 PCC Broga dengan diketuai oleh Bro Khalil (Best Sweeper)... Kayuhan awal hanya melalui offroad yang rata sahaja sambil beberapa anak sungai utk dilintasi sehingga berjumpa kawasan dakian dan downhill Sawit yang penuh cabaran dan keseronokan. Dakian memang satu kewajipan dalam MTB biasalah sampai puncak kena lah rehat dulukan....... Selepas tu cam biasalah jumpa Downhill yang sememangnya memerlukan stamina, ketajaman dan konsentrasi ketika menuruninya.. Pergh memang seronok....





Berikut cabaran melalui dakian dan curunan dikawasan pencawang TNB, kat sini Bro Syam mendapat satu pengalaman berguna sebagai seorang MTB dimana beliau telah terjatuh ketika menuruni salah satu bukit..






Alhamdulillah beliau tidak apa-apa walaupun aksinya nampak ganas.....



Selepas berehat untuk kembalikan semangat dan kekuatan masing-masing, kayuhan bersambung menuju tempat yang paling ditunggu oleh semua Kuntau terutama Bob dan Syam yg tidak menyertai PCC Broga baru-baru. Tempat itu ialah downhill pasir dan jambatan roboh serta sungai. Kat sini semua Kuntau berhenti rehat sambil membasuh MTB masing-masing.













Kalau PBB Broga hari tu tak sempat buat apa-apa, kali ni kami abik masa yg secukupnya kat sini kerana selepas ini Kuntau akan mendaki puncak yang paling tinggi selepas Bukit Broga.


Aku, Jaafar, Don dan Fizal abik keputusan utk balik dahulu sebab ada temujanji, kami menuruni downhill yg penuh cabaran dan menarik sekali sehingga ke Pekan Lenggeng. Disini kami berempat melalui jalan Lenggeng ke Ulu Beranang sehingga ke BP. Dari BP kami balik melalui off road stage 1 utk keluar ke Fasa 9. Dalam perjalanan balik kami bertembung dengan lebih dari 30 ekor lembu dimana hampir sahaja dihambat gara-gara jersey Kuntau yang berwarna merah. Alhamdulillah kami semua selamat. Kami berempat sampai di BTK pada pukul 1.30petang dan 6 Kuntau lain sampai di BTk lebih kurang 2petang lebih sikit.... harapan aku pada masa nie ialah semua 16 Kuntau yang menyertai Jamboree ECC Burung Hantu Melaka dapat menghabiskan kayuhan masing-masing.



Insyallah dan bertemu lagi di Jamboree ECC Burung Hantu Melaka.

Wassalam... Zulq Kuntau

No comments:

Post a Comment