Wednesday 6 November 2013

Kelab Zulq'73

Kelab Zulq'73

Selepas berundur dari Kelab asal, mula terfikir untuk menubuhkan Kelab MTB sendiri untuk meneruskan segala aktiviti sukan MTB yang dicintai dengan lebih-lebih lagi mendapat sokongan dan galakan dari Isteri tersayang Nor Azizah serta penyertaan dari anak sulung saya Zulfatah Firdauz.


Kelab Zulq'73 -
Diberi nama sebagai tanda asas penubuhan Kelab ini yang mana pada mulanya hanya untuk kami sekeluarga senang bergerak ke mana sahaja aktiviti-aktiviti berbasikal MTB.
Bukan untuk suka-suka nama diberi tetapi ia adalah asas dan penanda arah tujuan sebenar tentang niat dan inspirasi dalam bidang MTB ini.



10.08.2013 Sabtu - 3 Syawal 1434H
Tarikh penubuhan secara rasmi Kelab Zulq'73 ini diikuti dengan Kayuhan Keluarga Istimewa sempena 
Hari Raya Aidilfitri 1434H de Pulau Pinang dengan jarak sejauh 61.16km sahaja.
Bagan Dalam - PNG Ferry -Padang Kota Lama - Batu Feringghi - Hard Rock Cafe - Teluk Bahang (Dam)
Batu Feringghi - Padang Kota Lama - PNG Ferry - Bagan Dalam.


Bersama-sama keluarga Penang - adik-beradik, anak dan anak saudara. 
Zulfatah Firdauz, Zulkapeli, Nasaruddin, Elias, Azrul dan Marshall Rainz.


Logo Kelab Zulq'73 -
Hasil idea dan ilham sendiri. Perkataan Zulq'73 melintas gambar Pengayuh MTB yang sedang beraksi dijadikan Logo kelab Zulq'73 ini. 
Dengan bantuan pakar IT Abang Syam yang sudi menambahbaik corak Logo ini untuk menjadikan lebih baik dan cantik.







Ahli Kelab Zulq'73 -
Ahli Kelab terdiri daripada Nor Azizah, Zulfatah Firdauz dan Annuar Salehan sendiri yang secara ikhlas setuju untuk bersama Kelab Zulq'73 diikuti oleh Muhadzir, Ustaz Hazrol. Shairin dan Ainur.
Terima Kasih kerana sudi bersama-sama kami di Kelab Zulq'73.
  




Jersi dan Bip Kelab Zulq'73 -
Oleh kerana Kelab Zulq'73 ini akan selalu bergerak menyertai acara-acara MTB diseluruh negeri-negeri Malaysia. Adalah lebih baik mempunyai identiti sendiri iaitu Jersi dan Bip Kelab Zulq'73.
Ciptaan idea dan ilham sendiri dari minat seni lukis semasa sekolah dahulu dan ditambahbaik oleh Pihak Ciclista. Terciptalah Jersi dan Bip Kelab Zulq'73 dengan bantuan keluaran jenama terkenal Ciclista dengan sokongan Pihak Bikeaway.

  
   

Alhamdulillah, 
Ahli Kelab dan Sahabat Kelab telah bersetuju untuk bersama-sama menempah Jersi dan Bip ini untuk kegunaan Kelab Zulq'73 mahupun sebagai koleksi peribadi mereka sendiri.
Bersyukur kepada Allah Ta'ala kerana ada permintaan dikalangan rakan-rakan MTB untuk membeli Jersi Kelab Zulq'73 ini sebagai koleksi peribadi mereka selepas ianya dipamirkan kepada umum pada Jamboree Kuala Lipis Pahang 27.10.2013 Ahad yang lepas.

Biarpun kecil asalkan kita punya cita-cita dan minat yang mana kita sendiri yang faham dan mampu melakukannya. Justeru itu biar apa persoalan tentang mengapa, kenapa dan bagaimana terjadinya, rasanya ada baik kita pandang dari sudut positif dan masa hadapan kerana itu yang lebih penting.
Yang lama adalah pengalaman dan pengajaran untuk kita bergerak ke hadapan. Kami tidak pernah melihat perkara-perkara lama sebagai kegagalan kerana semuanya bagi kami adalah yang terindah dan terbaik.
Kami juga melihat positif tentang Kelab Zulq'73 ini walaupun hanya kecil tetapi besar maknanya kerana dengannya senang untuk kami bergerak aktif dimana-mana sahaja selagi mampu.

Alhamdulillah, 
sehingga hari ini 03.11.2013 Ahad (hampir 3 bulan sejak penubuhan Kelab Zulq'73),
Pelbagai latihan, kayuhan, acara Amal, Santai dan Jamboree telah disertai.
01. 10.08.2013 Sabtu
Kayuhan Keluarga Istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri 1434H de Pulau Pinang
02. 25.08.2013 Ahad
Jamboree Harian Metro GP2 Kelly Castle Perak
03. 01.09.2013 Ahad
Kayuhan Amal Syria bersama UAI de Putrajaya
04. 08.09.2013 Ahad
Kayuhan Penilaian Trail Jamboree Hypertrax Dengkil, Selangor
05. 15.09.2013 Ahad
Jamboree MegaRide Ronda Riadah Johor Bahru, Johor
06. 22.09.2013 Ahad
Jamboree Gempak Hypertrax Dengkil, Selangor
07. 11.10.2013 Jumaat
Kayuhan Pertama Kelab Zulq'73 bersama Pro Riders Cyclomotion, Huru Hara.
08. 20.10.2013 Ahad
Kayuhan Kedua Kelab Zulq'73
UIA Gombak - Genting Sempah - Bentong - Genting Sempah - UIA Gombak.
09. 23.10.2013 Rabu
Kayuhan Pengenalan Istimewa bersama Ustaz Hazrol dan Hj Rosli
10. 24.10.2013 Khamis
Logo Kelab Zulq'73 de Roda Pantas edisi no.23
11. 25.10.2013 Jumaat
Jersi dan Bip Kelab Zulq'73 siap keluaran Ciclista.
12. 27.10.2013 Ahad
Jesri dan Bip secara rasmi digunakan oleh Ahli dan Sahabat Kelab Zulq'73
Zulq, Firdauz, Alongs, Muhadzir, Fazrol dan Ryyta
de Jamboree Kuala Lipis, Pahang.
13. 02.11.2013 Sabtu
Kayuh Bendang 2 anjuran KSCC de Kuala Selangor
14. 03.11.2013 Ahad
MPAJ Junior Race Series 3 de Padang Jusco AU2 Keramat
dan juga termasuklah acara Kayuhan Malam Santai dan Latihan setiap Rabu, Jumaat dan Ahad

Insyallah,
Dengan berkat dan sokongan dari Ahli Kelab Zulq'73 serta juag daripada Rakan-Rakan MTB, kami akan bersama-sama mewarnakan aktiviti-aktiviti sukan MTB dengan jayanya kerana sukan riadah ini adalah yang terbaik untuk Kesihatan dan juga tempat berkumpul dan mencari kenalan baru mahupun yang lama.


Yang Terbaik datang dari Allah Taa'la, Yang Terkurang sememangnya datang dari kita sendiri,
Tidak perlu segan dan malu untuk mencuba menjadikan Terbaik.

Terima Kasih, Terima Kasih, Terima Kasih.

Terbaik

Kelab Zulq'73

No comments:

Post a Comment