Tuesday 17 September 2013

Zulq'73 - Test Trail Hypertrax Gempak Dengkil, Sepang 2013-09-08 Ahad

Zulq'73

Test Trail Hypertrax Gempak
Dengkil, Sepang
2013-09-08 Ahad


40km

30 pengayuh MTB

Seronok rasanya bila dapat kumpul sekali-sekala begini, lebih-lebih lagi bersama 30 pengayuh MTB yang terdiri dari pelbagai Kelab-Kelab Lembah Kelang.

Kehadiran kami adalah untuk mencuba laluan Hypertrax Gempak yang akan berlangsung 2 minggu lagi.
Ternyata satu kepuasan buat semua yang hadir kerana berjaya menghabiskan kayuhan walaupun pada tahap Santai sahaja.

Pelbagai jenis laluan dihidangkan disini, santai, laluan lurus untuk pemecut, dakian yang ada umph dan sempoi sebab panjang, turunan bukit yang sedap lagi laju dan yang paling seronok kawasan teknikal seperti berada dalam kejohanan besar.. pastinya tidak puas kalau hanya sekali. 

Apapun saya bukan hendak bercerita tentang laluan Hypertrax ini kerana biarlah anda semua sendiri merasai laluannya nanti pada hari kejadian iaitu 22.09.2013 Ahad. 

Terima Kasih kepada Uncle Sham, Sdr Annuar Salehan, Sdr Somak, Sdr Marzuki dan semua kakitangan Penganjur yang sudi memberi peluang kepada kami untuk mencuba laluan ini.



Semoga berjalan dengan jayanya dan semua pengayuh MTB mendapat kepuasan sambil beriadah dalam Jamboree ini nanti.

Terima Kasih

Zulq'73










































No comments:

Post a Comment