Friday, 18 September 2015

29-30-.08.2015 Kayuhan Tahunan 2015 Adik Beradik MTB PNG de Cameron Highlands

Kayuhan Tahunan 2015 de Cameron Highlands
Kelab Adik Beradik MTB PNG.
29-30.08.2015 Sabtu-Ahad
Cameron Highlands
Zulqarnain, Zulfatah Firdauz, Zulkapeli, Elias & Nasaruddin.


Kayuhan Hari Pertama 29.08.2015-Sabtu
Kayuhan cari angin jarak 11.97km, kayuhan singkat dan mencabar menuruni dan pendakian antara Tanah Rata dan Bharat Plantations Tea House.

Kayuhan Hari Kedua 30.08.2015-Ahad.
Ucapan doa oleh Zulfatah Firdauz sebelum kayuhan. Cuaca sejuk dan nyaman serta redup.
Kayuhan pendakian dari Greenhill Resort Tanah Rata - Strawberry Park Resort - Pekan Brinchang - Pasar Kea Farm - Nova Hotel
cabaran kayuhan MTB yang menguji stamina dan minda dengan pendakian lerenggan yang pacak.
Nova Hotel, sambungan kayuhan ke Sg Palas Teh Plantations (Gunung Brinchang) menuruni kawasan ladang Teh yang nyaman dan indah.
Sessi mengambil gambar kenangan dikawasan ladang Teh.
Dari Ladang Teh ke Nova Hotel Kayuhan pendakian santai untuk ke sessi rehat dan minum Teh Tarik terbaik di Teh Tarik Place, Nova Hotel. Teh Tarik dengan harga RM3.50 segelas.
Kayuhan pulang dengan melayani menuruni laluan dengan kelajuan yang laju dan sejuk walaupun sudah pukul 11 pagi.
Berhenti rehat sebentar di Taman Tanah Rata sebelum pulang ke Greenhill Resort.

Kayuhan tamat dan Sessi penyerahan sijil kayuhan untuk semua peserta.
Jamuan makan yang disediakan oleh para isteri yang membantu menjayakan acara ini.

Terima kasih kepada Zulkapeli Ariffin, Elias Ariffin, Nasaruddin Ariffin, Zulfatah Firdauz Zulqarnain dan Khairuanuar Ibrahim (Pegawai) serta sekeluarga masing-masing yang bersama menjayakan kayuhan kali serta dapat berkumpul untuk merapatkan tali silahturrahim antara kami.


Insyallah, acara Kayuhan Tahunan Adik Beradik MTB PNG akan diteruskan lagi tahun hadapan dilokasi yang lain pula.

Terima kasih juga kepada En Sobri (Timbir) Proucell dan En Nazan Roda Pantas yang sentiasa membantu dalam setiap aktiviti yang kami lakukan.

Sehingga berjumpa di edisi lain,
Berkayuh untuk Riadah, Kesihatan dan Persahabatan.


Terbaik!
Zulq'73

 
 
 

 
 
 



 





Saturday, 13 June 2015

2015-02-21 Sabtu Kejohanan Berbasikal sempena Karnival Bukit Kepong. Bukit Kepong, Johor.

2015-02-21 Sabtu
Kejohanan Berbasikal sempena Karnival Bukit Kepong.
Bukit Kepong, Johor.

Kesempatan berjumpa anak bujang Zulfatah Firdauz yang datang untuk bertanding dalam kategori MTB XCO Men Open.

Tahniah berjaya memghabiskan cabaran. Satu peningkatan dan semoga dapat diteruskan lagi.

Tahniah Boss Timbir yang berjaya memamatkan cabaran XCO Veteran di no 6.

Tahniah juga buat team remaja Hanelang yang mengungguli 4 terbaik dan juga semua riders remaja Hanelang yang beraksi hari ini.
Didikan dan sokongan dari Pengurus dan Jurulatih yang membuahkan hasil yang cemerlang.
Syed Husin. Nasiruddin Wan Idrus. Che Zul. Falanie. Labib Aby. Timbir.

Puashati sebab dapat menyaksikan aksi aksi Juara bersaing dengan bakat muda dunia MTB dalam XCO ini....

Tahniah juga buat Penganjur yang berjaya menganjurkan acara yang kecil tapi bermakna buat bakat muda ini.

Dengan kehadiran pasukan terkenal MTB seperti Armaniz. Giant. Proucell Pct. Cyclo. Terengganu. Selangor. Johor telah memeriahkan lagi acara.

Terima kasih buat sahabatku Masri dan Hasbullah yang sudi menemani ku ke Muar....
apapun memang layan sepanjang perjalanan kita 2 hari ini kan....

BTK - Muar Mee Udang Galah - Tangkak - Bukit Kepong - Bemban Nasi Goreng Ayam - Tampin - Rembau - Ampangan singgah majlis kahwin Khairul - BTK.


Terbaik !
Zulq'73
— feeling happy.