Wednesday, 27 November 2013

2013-11-09 HM GP4 Lembah Bujang,Kedah



Kelab Zulq'73

Harian Metro GP4 de Lembah Bujang, Kedah
09-11-2013 sabtu 8.00pagi
Kategori Jamboree 46km
Ahli Kelab: Zulq, Firdauz, Muhadzir.
Sahabat Kelab: Zulkapeli, Nasarudin (Abang Ipar dan Adik Ipar)

09-11-2013 Sabtu 

5.30pagi: 4 keluarga Zulq, Muhadzir, Zulkapeli (abang ipar) dan Nasarudin (adik ipar) bertolak ke Lembah Bujang melalui tol Sg Petani.
8.00pagi: Kayuhan Jamboree bermula.
7km pertama disajikan jalan raya utk memecahkan kumpulan sebelum masuk ke jalan offroad.
kawasan tanah merah, berpasir, kelapa sawit dan getah. 9 bukit didaki dan beberapa cerunan yang mencabar dilalui. 
5km terakhir disajikan laluan sempit (single trail) cabaran yang memerlukan teknikal dan taktikal yang tinggi dalam aspek kayuhan serta melintasi beberapa sungai dan lopak. kayuhan menuju puncak sehingga ke garisan penamat yang mencabar minda.
itulah keistimewaan Laluan Jamboree HM GP4 Lembah Bujang Kedah ini yang dianggap Terbaik diantara laluan Jamboree-Jamboree yang pernah diadakan di Malaysia.

Syabas dan Tahniah kepada Harian Metro, pasukan Dwishmanagement, Hi Marque, Tok Penghulu Azmi, Bujang Cyclist, semua kakitangan dan penduduk yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Harapan kami akan ada kesinambungan Jamboree de Lembah Bujang Kedah ditahun akan datang.


Syabas dan Tahniah juga buat semua pemenang-pemenang dalam acara masing-masing. Semoga ianya menjadi perangsang untuk semua terus maju dan berjaya didalam sukan basikal Malaysia ini.


Tahniah buat semua ahli Kelab dan Sahabat Kelab Zulq'73 yang berjaya menghabiskan cabaran Jamboree ini.

Keputusan dari 1500++ peserta:-
Zulfatah Firdauz - remaja no.22 / keseluruhan no.105
Zulqarnain - lelaki terbuka no.110 / keseluruhan no.160
Muhadzir - lelaki terbuka no.136 / keseluruhan no.198
Zulkapeli Ariffin (abang ipar) - lelaki veteran no.27 / keseluruhan no.234
Nasarudin Ariffin (adik ipar) - lelaki terbuka no.100 / keseluruhan no.149

Terima Kasih kepada sahabat-sahabat MTB kawasan Utara Penang-Kedah yang banyak membantu semasa kami disini. 

Khas buat Paklong Din Sariff / Wangde Derus dan semua team Happy Ride Kulim (HRK) yang sudi mengambilkan goodies bag kami. Tahniah juga buat HRK kerana memenangi hadiah istimewa - penyertaan teramai 66 peserta.
Tidak lupa juga buat sahabat lama Zulfadli Yusop (KKK) yang sudi berkayuh sama2.

Secara keseluruhan acara HM GP4 de Lembah Bujang Kedah adalah amat Terbaik dan dilaksanakan dengan tersusun serta lancar kepada peserta dan juga keluarga yang datang menyokong.


Akhir kata, kami de Kelab Zulq'73 ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih buat semua sahabat-sahabat MTB yang sentiasa menyokong perjalanan aktiviti kelab kecil kami ini.

Tidak lupa juga buat Ahli Kelab yang bersama-sama beriadah bersama serta Sahabat Kelab yang sudi membeli dan mengunakan Jersey Kelab Zulq'73 sebagai koleksi peribadi kalian.

Sekian, sehingga berjumpa dilain Jamboree lagi... 

Majulah sukan MTB untuk semua demi kesihatan dan persahabatan.
Wassalam,
Terbaik 
Kelab Zulq'73







Kelab Zulq'73 de MPAJ MTB Junior-Siri 3 (03.11.2013-Ahad)

Kelab Zulq'73 

MPAJ MTB Junior Race -Siri 3 - 2013 / 03-11-2013 / Ahad  / AU2 Taman Keramat

Zulfatah Firdauz - Remaja Bawah 16 Tahun (tempat ke-10). 

Perlumbaan pertama buat Zulfatah Firdauz (no.10) de MPAJ MTB Junior S3 ini bersama-

sama Aidil Kuntau (no.7) . Satu pengalaman berguna buat beliau supaya lebih 

gigih berusaha untuk menjadi yang terbaik. Cabaran kayuhan yang meliputi kemahiran 


teknikal yang  tinggi dan daya tahan lasak yang konsisten disetiap kayuhan. 


Tahniah buat Saudara Nor Effandy Rosli dan MPAJ yang menganjurkan Kejohanan MTB 

Junior ini.


Terima Kasih buat Azman Jamil dan Taufiq sekeluarga yang datang bersama-sama hari 

ini. Syabas kerana memberi peluang anak masing-masing untuk turut serta Aidil Taufiq, 


Adilah Taufiq, Hakim Azman dan Hafiz Azman. Tahniah juga buat Azman Jamil yang 


berjaya mendapat tempat ke-5 katogeri Master 35tahun keatas.

Syabas buat semua pemenang de setiap katogeri. Buat Sdr Zahari A. Ghani dan Pro Rider 

Chaca dari team Cyclomotion yang menjuarai katogeri Men Open.

Tahniah dan Terbaik